Ahad, 11 November 2012

Hujan mafraq 2012


   Hari ini tanggal 11/11/2012 , bumi ambiya` jordan mencurahkan hujan setelah sekian lama kemarau . Cuaca pada pagi ini agak sejuk berbumbungkan awan gelab lagi hitam . Jam menunjukkan 7.20 pagi , aku segera mencapai beg yang tersandar di tepi katil dan terus ke universiti . Cuaca bukan main lagi sejuk…tak terkata . Namun ku gagahi diri ini untuk ke universiti . Sepuluh minit kemudian , sampai juga di tempat menunggu bas untuk menaiki bas . Setibanya bas sampai , aku segera berebut dengan arab untuk mendapatkan tempat di dalam bas . Alhamdulillah dapat juga duduk diatas kerusi .

   Setibanya sampai ku terus ke kelas nahu arobi . Disusuli pula kelas fiqh ibadat . Selepas itu waktu relaks sejam . Aku tak membuang masa lantas ku ke perpustakaan ghazali untuk study fiqh ibadat kerana tidak lama lagi akan exam thani . Jam 11 pagi , aku ke kelas madkhol liddirasat syariah islamiah . Selesai kelas tersebut , aku segera ke perpustakaan tadi untuk sambung study fiqh ibadat . Jam 12.30 tengahari , ku merenung jauh ke tingkap jendela…tiba-tiba kulihat hujan . Terdetik di fikiranku : (nak pergi kelas tak ni . kelas dekat mujamma` quraisy . lima belas minit juga nak sampai kalau berjalan kaki) . Akhirnya ku buat keputusan untuk pergi juga . Nasib baik ada bas dalam universiti masa tu … boleh tumpang gak gi mujamma` quraisy . Aku berebut dengan arab kerana masing-masing ingin menaiki bas dalam universiti kerana keadaan di luar hujan bercampur angin kencang . Alhamdulillah sekali lagi dapat duduk atas kerusi . Setelah habis kelas sakofah , aku segera pulang ke rumah .
                                                                              Dekat mat`am abu ro`ad,hayyu dubat


   Sepanjang perjalanan , kulihat keadaan jalan raya dan kawasan sekitarnya agak kotor dan cemar disebabkan air bertakung . Hal ini berlaku kerana ketiadaan sistem perparitan yang sistematik dan tersusun di tanah arab . Namun ku bersyukur kerana dapat mengajar diri ini tentang erti kebersihan dan bagaimana nak menghadapi keadaan dan suasana sebegini . Moga pengalaman ini mengajar erti kehidupan .











Dekat balad mafraq, jordan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan