Khamis, 13 Disember 2012

Satu persinggahan detik bermula



بسم اللله الرحمن الرحيم
“Ya allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”



Mujamma` Quraish

   Dalam melayari bahtera kehidupan , kita mestilah menanamkan matlamat dan cita-cita kita suatu hari nanti . Hidup mesti ada prinsip untuk terus berjalan . Nak jumpa allah kita mesti ada perancangan . Ia bukan perkara mudah seperti yang kita sangka . Seringkali kita lupa untuk bersyukur diatas anugerah yang allah berikan . Sama ada dimaki orang , dicela dan dibenci oleh manusia . Itu juga merupakan satu nikmat yang allah kurniakan pada insan yang beruntung . Kerana di situ terletak keimanan dan ganjaran pahala yang tidak dapat dirasai oleh insan biasa . Allah uji dengan pelbagai ranjau berduri supaya kita semakin dekat dan tabah untuk menempuhinya . Persinggahan kita hanya sebentar , tapi bukan sehari , bukan seminggu malah bertahun lamanya . Kita tidak tahu bila kita akan bertemu allah swt . Firman allah swt dalam al-quran :

49.Apabila datang ajal mereka maka tidak terlambat mereka sesaat pun dan tidak pula dipercepatkan . (Yunus : 49)

   Tidak digelar persinggahan jika kita asyik menghabiskan waktu begitu sahaja . Jika kita gagal lakukan semua usah kita rebah dan mengalah untuk lakukannya walaupun sedikit dan tidak dinilai di mata masyarakat . Kita membawa harapan masyarakat , sanak saudara , guru-guru dan ibu bapa . Mereka tidak mengharapkan balasan kita namun mereka harapkan kita dapat menyumbangkan sesuatu untuk mereka .

Berhampiran sakan shabab lama


Sejarah semalam

   Allah berikan kita ruang dan peluang untuk kita buktikan yang kita istimewa daripada orang lain kerana kita dapat melanjutkan pelajaran ke bumi ambiya . Sedangkan ada lagi kawan kita yang tidak dapat mengikuti jejak langkah kita . Mereka mengalami masalah untuk belajar termasuklah masalah keluarga , kewangan dan sebagainya . Namun kita mampu bertahan sehingga kini . Allah anugerahkan kita nikmat . Tapi kita lupa nikmat itu suatu pinjaman . Kita datang dengan semangat berkobar-kobar dengan berbekalkan duit daripada pihak kerajaaan mahupun persendirian untuk menuntut ilmu . Tapi kita leka dengan permainan dunia sehinggakan kita lalai daripada tujuan kita datang . Prinsip hidup tidak boleh digadai walau dimana kita diberada . Usah bimbang dengan takdir kerana kita mampu mengubah waktu silam yang gelap kepada cahaya ilahi dengan izin allah swt . Jangan kita ungkit perkara lepas , tapi kita ubah diwaktu akan datang . Usah luntur dengan kemewahan walaupun kita rasa kita mempunyai wang yang lebih berbanding orang lain . Kita datang dari jauh berbekalkan sedikit ilmu . Biar kita pulang kita menjadi penyeri di mata masyarakat . Kitalah pencetus kedamaian untuk masyarakat bukan pencetus kekecohan dalam masyarakat . Kita belajar dan sekarang kita sedang belajar dan akan datang kita juga akan terus belajar . Kita pernah diuji dengan kegagalan . Kita asyik salahkan takdir . Tapi kita lupa akan dosa yang kita lakukan . Mungkin itu satu wasilah terbaik kepada kita supaya kita kembali kepada ilahi . Firman allah swt dalam kalamnya :

17.Dan jika allah menimpakan kemudaratan kepada kamu , maka tiada yang akan menghilangkannya , melainkan dia sendiri(Allah) , dan jika dia mendatangkan kebaikan kepada kamu  , maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Al-An`am : 17) .

   Ibu bapa kita bertungkus lumus mengumpul wang untuk kita belajar . Mereka usahakan tiket ke Jordan . Mungkin duit itu mereka simpan untuk menunaikan haji . Tetapi mereka korbankan kerana mereka tahu anak-anak lagi memerlukan walaupun hati mereka sedih dan pedih . Mereka tidak pernah memberitahu kita . Percayalah hidup ini tidak semudah apa yang kita bayangkan . Pengorbanan mereka untuk kita pasti tidak dapat dinilai . Kita dihidupkan diatas muka bumi dalam keadaan senang . Sebab itulah kita lupa sejarah silam . Begitu juga jadilah kita mahasiswa generasi kelas pertama bermodalkan insan terdidik supaya kita bangkit selari dengan era globalisasi . Kita sewajarnya peka dengan keadaan negara kita kerana kita juga darah daging malaysia walaupun kita jauh daripada negara sendiri . Kecaknaan terhadap isu semasa yang berlaku membuatkan kita mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan orang lain . Ingat pesanan ibu bapa kita . Pesanan mereka takkala kita akan berangkat ke bumi ambiya suatu ketika dahulu .

   Tambahan lagi , ada yang sukar untuk melepaskan anaknya kerana itulah satu-satunya anak mereka . Ada yang menangis kerana mungkin itulah saat terakhir mereka dapat melihat kita . Begitu juga kita sebaliknya . Ada yang sebak kerana mereka tidak mahu kita berjauhan dengan mereka . Ada yang biasa kerana mereka bangga kita dapat menyambung pelajaran ke oversea . Saat kita hendak meninggalkan mereka kita berazam untuk membalas jasa baik mereka selama ini . Namun sekarang kita lupa apa yang kita azamkan . Cuba kita imbas kembali mengenangkan detik itu kerana kadang-kadang pengalaman silam akan membina semangat kita untuk terus bangkit daripada tidur yang lena selama ini .

Hadapan sakan syabab lama


Perjuangan bakal diteruskan

   Dalam mencapai dan mengejar impian . Akhirnya kita sampai juga di bumi ambiya untuk mencari mutiara yang kian pudar . Dengan harapan kita dapat menghilangkan kejahilan diri dan mengubah masyarakat . Bukan kita persiakan mereka . Dalam mengejar kekuatan ummah , kita mestilah berlandaskan kepada ketauhidan kepada allah swt . Allah uji kita dengan pelbagai cubaan dan dugaan . Kadang-kadang kita rasa sukar dan berat untuk menerimanya . Tapi ia akan dibayar dan dibalas diatas apa yang kita lakukan . Setiap titik peluh untuk menuntut ilmu akan dinilai dan merapatkan lagi kita langkah demi langkah , jarak demi jarak kepada pencipta kita . Usah bimbang , usah ragu dengan ujian . Kerana kita pasti ada pelangi yang menerangi siang takkala hujan renyai-renyai . Kerana nur allah akan datang kepada siapa yang mencarinya . Apa yang penting dalam menuntut ilmu ialah niat kita belajar kerana apa???untuk siapa??? . Sebagaimana hadis nabi saw :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah , Umar bin Al-Khattab r.a. berkata , bahawa beliau mendengar rasulullah saw bersabda : Maksudnya “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat , dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan . Sesiapa yang berhijrah kerana allah dan rasulnya , dia akan sampai kepada allah dan rasulnya . Sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau perempuan yang hendak mereka nikahinya , maka dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya” . (Riwayat Bukhari , Muslim , Tirmizi dan lain-lain) .

   Allah kurniakan kita nikmat mata , tangan , kesihatan dan sebagainya . Tapi kita tidak pernah hargai . Allah berikan insan lain sepasang mata . Kita juga mempunyai sepasang mata , tapi kenapa orang lain mampu lakukan dan kita asyik tidak mampu melakukannya . Allah berikan sakit penghapus dosa . Allah berikan dunia kita ketepikan akhirat . Bukan jalan yang mudah bagi kita tempuh untuk bekalan akhirat . Satu jalan yang akan kita semua tempuhi namun bukan untuk kita persiakan . Gunakan waktu yang allah swt berikan kepada kita . Seperti waktu belajar . Ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara . Oleh itu , waktu yang lapang ini kita gunakanlah untuk menuntut ilmu bukan kita datang ke sini hanya untuk menghabiskan wang ringgit semata-mata . Tanpa kita fikir betapa peritnya untuk mendapatkan wang . Orang yang pernah merasai betapa peritnya untuk mendapatkan sedikit wang pasti menghargainya walaupun 10 qurush . Inilah nilai erti yang sukar kita fahami .

   Tujuan kita datang dan dari mana kita akan dikembalikan bakal kita fikir . Bukan untuk saja-saja kita dibangkitkan . Tapi renungkanlah agar kita tahu matlamat dan tujuan kita ke sini . Usah tertipu dengan permainan bumi Jordan . Tak salah untuk bershopping . Begitu juga bundle . Tapi kita mesti ada prinsip dan matlamat agar landasan yang kita tempuhi bakal kita teruskan . Jangan asyik shopping kita poteng kelas kerana letih . Jangan asyik bundle kita ponteng jamiah . Tidak salah untuk lakukan semua itu . Tetapi berwaspada bimbang kita tertipu oleh pancaroba duniawi . Ini sedikit sebanyak akan menggugat konsentrasi kita untuk terus belajar dan lupa niat serta tujuan kita suatu ketika dahulu . Perjuangan ini belum selesai . Kerana apa ??? kerana kita tidak tahu bila ajal menjemput kita . Oleh itu perjuangan hidup ini wajar diteruskan walaupun payah menerimanya . Allah panjangkan umur kita daripada kecil sehingga sekarang . Daripada jahil kepada rahmat pengetahuan tentang agama . Allah kurniakan mata yang celik supaya kita fikir indahnya islam . Allah lahirkan kita di dunia , tapi kita tak pernah nak bersyukur .

   Selain itu , persatuan juga memainkan peranan penting dalam menggerakkan ahlinya agar selari dengan arus permodenan . Jangan kita asyik menyalahkan persatuan kerana banyak aktiviti . Namun kita sewajarnya bijak dalam membahagikan waktu . “Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih” . Kita jangan jadikan alasan kita gagal kerana persatuan banyak melakukan aktiviti sehingga kadang-kadang waktu cuti minggu juga padat dengan program . Fikirlah positif , usah negetif . Mungkin ramai yang berpendapat bahawa persatuan ada kebaikan dan kekurangannya . Namun jadikan persatuan sebagai tempat kita mengadu masalah . Hal ini kerana kita jauh dengan keluarga . Jangan kita asyik fikir tak nak joint persatuan . Apa dosa persatuan??? jika kita fikir bagaimana orang lain sanggup bersengkang mata untuk menjayakan sesuatu program . Tapi kita hanya disuruh datang dan memberikan sokongan padu walaupun kita tak bersengkang mata pada sebelah malam dengan berlandaskan tilam yang empuk . Jadilah kita orang yang menghargai pengorbanan orang lain . Belajar mengawal situasi lebih hebat dari asyik menjadi penentang dan pengumpat di belakang . Jika kita rasa persatuan banyak mendera dan membuli kita . Berikan solusi dan cadangan kepada pihak yang berwajib . Insyallah akan dipertimbangkan . Belajar memberi dan menyumbang bukan asyik meminta dan terus meminta . Kita imbas kembali bagaimana pengorbanan orang lain terhadap kita . Hadis nabi saw bersabda :

Daripada Abi Hurairah r.a.berkata , rasulullah saw bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah , ilmu yang bermanafaat , anak soleh yang mendoakannya” . (Muttafaqun alaih)

   Usahlah kita fikir apa cita-cita kita . Bolehjadi hari ini kita menuntut di bumi ambiya dalam bidang agama . Tapi tidak mustahil kita terjun dari bidang lain suatu hari nanti . Namun kita akan bahagia kerana berbekalkan ilmu yang kita kecapi . Sebagai contoh :

Jika kita seorang jutawan , jadilah kita jutawan islam .

Jika kita seorang usahawan , jadilah kita usahawan islam .

Jika kita seorang peguam , jadilah kita peguam yang menyumbangkan islam .

Jika kita seorang doktor , jadilah kita doktor yang mempunyai nilai-nilai  islam .

Jika kita seorang petani , jadilah kita petani yang berlandaskan islam .

   Konsepnya apabila tapak dihiasi nur agama nescaya pucuk takkan bergoyang walaupun ribut melanda . Indahnya islam jika dihiasi dengan iman . Mengenai isu kahwin mahasiswa timur tengah yang semakin barah akhir-akhir ini . Tidak salah jika mahasiswa berkahwin sedangkan dia masih menuntut di universiti . Tapi biar mempunyai perancangan dan kewangan yang cukup . Betul allah akan menambahkan rezeki kita apabila kita mengikuti sunnah . Tapi kita perlu ingat tanggungjawab kita sebagai suami dan isteri . Begitu juga janganlah disebabkan pernikahan , pembelajaran kita tergendala . Jadilah kita selepas bernikah lebih mantap daripada sebelumnya . Ingatlah perjuangan ini belum berakhir .  

Masjid bilal

Hayyu Dhubat,
Jordan.
13/12/2012.

Khamis, 29 November 2012

Maafkanlah aku takkala aku tersalah


بسم اللله الرحمن الرحيم
“Ya allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”


Rindunya akanmu disini ku menanti ketenangan




   Mudah je kita minta orang lain memaafkan kita , tapi kita tidak pernah terfikir untuk memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain . Memang sukar untuk memaafkan kesilapan yang orang lain lakukan pada kita , namun yakinlah jika kita memaafkan kesalahan orang lain nescaya allah pasti akan melembutkan hati orang lain untuk memaafkan kesilapan kita . Moga-moga hati dan jiwa kita tenang apabila bertemu allah swt suatu hari kelak . Yakinlah allah sebaik-baik tempat meminta . Kadang-kadang kita rasa benci dan marah jika orang tipu kita . Siap mengumpat dan mencela lagi sehinggakan ada yang mengatakan aku tak halal engkau dunia dan akhirat . Tapi kita mesti ingat mereka itu adalah insan biasa yang sama dengan kita , apabila kita mengatakan insan sudah pasti ia mempunyai kelemahan dari semua sudut . Oleh itu , jadilah insan yang pemaaf dan segera memaafkan org lain takkala orang lain memusnahkan harapan kita .

Nabi saw bersabda : “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri” .

Firman allah swt :

10.Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara , kerana itu damaikanlah antara kedua saudara saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada allah agar kamu mendapat rahmat . (Al-Hujurat : 10)

Jadilah seperti pokok yang menghasilkan buah , orang sering melempar dan membaling dengan berbagai-bagai benda samaada keras mahupun tajam , namun ia tetap membalas dengan buah yang manis lagi ranum . Orang islam itu bersaudara walaupun kita rasa sukar dan berat untuk memaafkanya . Renungilah hadis nabi saw :

Daripada Abi Hurairah r.a berkata bahawa rasulullah saw bersabda :

Maksudnya : Janganlah saling mendengki , saling menipu , saling membenci , saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain.jadilah kamu hamba allah yang bersaudara.seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain.dia tidak patut menzalimi ,membohongi,dan merendahkannya.takwa itu disini(beliau menunjukkan dadanya 3 kali).cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain. (Riwayat ahmad dan muslim)

Konklusi hadis diatas ialah menggesa kita supaya menjauhi sifat-sifat tercela dan terkutuk seperti dengki dengan orang lain jika orang lain mendapat nikmat dan berazam menghilangkan nikmat yang ada pada diri orang tersebut . Begitu juga jangan belajar menipu walaupun kita rasa sukar mengatakan yang hak . Selain itu hadis diatas juga menyarankan agar kita jangan merampas hak orang lain serta mengeratkan tali persaudaraan sesama islam . Jadilah kita bersatu walaupun kita berbeza warna kulit dan negeri yang pastinya kita dibawah satu bumbung iaitu Negara Malaysia . Sama-samalah kita berubah untuk kebaikan sejagat . Lebih-lebih lagi kita yang berada jauh dari keluarga seperti di mesir , Jordan dan sebagainya . Oleh itu ,  kawan2lah menjadi keluarga kita . Berusahalah mengerakkan ukhuwwah antara sesama muslim hanya dengan memberi salam . Kerana salam juga merupakan satu wasilah untuk menzahirkan kemesraan antara sesama islam...Wassalam…


29/11/2012
Hayyu Dhubat ,
Jordan .


Selasa, 27 November 2012

Arab Cium Aku



بسم اللله الرحمن الرحيم
“Ya allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”



Gambar Hiasan



    Hari ini tanggal 27 november 2012 , aku boleh pengalaman baru duduk di negara arab nie . Dipendekkan cerita aku dari bangunan ghazali menuju ke mujamma` quraish kerana ingin menghadiri muhadoroh (KELAS) sakofah islamiah doktor farju zubaidy . Sepanjang perjalanan aku berjalan agak laju sedikit kerana niatku ingin buka buku akidah islamiah jika sampai awal di mujamma` quraisy . Dipertengahan jalan , sempat je aku berhenti di kedai untuk membeli biskut . Selepas itu ,  ku teruskan perjalanan ke mujamma` quraisy .

Asyik aku berjalan lagi…tiba-tiba , terserempak dengan seorang pak cik arab . Belum sempat aku mengucap salam , pak cik arab mendahuluiku . Lantas aku terus menjawab salam tersebut . Pak cik arab tadi tanya aku : mne qobul tasjil??? nak cop katanya . Aku cakaplah : nampak tak bangunan yang besar tu…then belakangnya…selepas tu aku melangkah laju lagi . Akhirnya sampai juga di mujamma` quraisy . Setibanya di kelas , masih ada pensyarah di dalam kelas tersebut .Jadi aku tunggu jelah dekat luar dahulu . Tanpa membuang masa aku terus membuka buku akidah islamiah kerana pada esok hari ada exam . Jadi aku baru nak sentuh . Aku membelek-belek  buku akidah islamiah .

Tiba-tiba  ada dalam lima orang pemuda arab datang kepadaku . Aku pelik betul . Dahlah seorang masa tu . Aku buat tak tau je . Remaja arab tadi semakin hampir denganku . Dalam hati nie tertanya-tanya  apa arab nok drp aku nie . Rupa-rupanya pemuda arab tadi datang untuk bersalam denganku dan bertanya khabar .

Pemuda arab : Assalamualaikum???

Aku : Waalaikummussalam sambil menghulurkan tangan .

Pemuda arab : mung ambil imtihan awal madah sakofah tak???

Aku : aku anggup je…aku cakap ada 20 soalan…soalan dia payah sangat…

Pemuda arab : doh mung boleh berapa??

Aku : pening@#$$%%(x faham apa yang arab cakap) . Aku cakap ah 20..aku ingat dia tanya soalan imtihan thani ada berapa soalan . Sebabnya kelmarin exam thani .

Pemuda arab: mung boleh 20..lantas Tanya nama aku npe??

Aku : Abdul Rahman .

Pemuda arab : mung study gne tu??

Aku : angkat kening jelah..

Pemuda arab : lepas tu…habis kawan-kawan  dia yang lima orang tu bersalam denganku sampai senyum-senyum pulak tu .

Aku : senyum jugalah .

Seminit kemudian , aku masuk dalam kelas..macam biasa ah aku duduk baris keempat.masa tu aku seorang je melayu . Aku sambung baca buku akidah islamiah . Pastu datang pulak arab tadi . Rupa-rupanya dia sekelas dengan aku . Mana tahukan . Dia duduk tepi aku pastu tanya name penuh aku..

Pastu baru aku faham…dia buat pengumuman dalam kelas kata aku boleh 20/20 exam…huh letih aku nak jawab gini . Bukan tu saja , dia suruh aku pergi depan dekat doctor ngajo tu…nak beritahu orang lain…aku fikir mati doh aku . Dia pegang dan tarik aku…aku cakap dkat dia…x payahlah..pastu aku sambung lagi study…

Nak tau dia buat apa dekat aku lepas pada tu???dia pegang kepala aku…then..arab tadi cium aku..bukan cium macam kawan2 dia tu…dia cium betol2 dekat pipi…aduh…aku senyap sebentar..terkaku , kelu tak tau nak cakap apa doh..senyap terus…niat nak study akidah tadi hilang serta merta . Dalam hati(jenglah arab nie) . Ade ke patut dia cium aku..aku x tau nak cakap apa masa tu…dohlah orang laki arab..

Padahal nak jadikan cerita aku bukannya boleh 20..tpi arab salah anggap aku boleh 20/20 exam..first time boleh kawan arab ramai hari nie…sebelum nie..ada ah skit 2,3 orang dalam kelas tu…tetiba je ari nie ramai pulak yang nak kawan dengan aku .

Tidak lama kemudian , doktor masuk ke kelas..arab buat hal lagi . Doktor marah arab sampi jam 1.30 petang..pastu mengajar 15 minit  then habis kelas . Sebelum balik tu sempat lagi arab tegur aku..aku dah  tak tau nok cower nape tadi . Selepas itu , aku segera keluar dari mujamma quraisy..apabila aku turun tangga dan berjalan hendak pulang ke rumah . Tiba-tiba je ada arab bawak kayu and the geng…ramai jugaklah dalam 50 orang gak..aku bercakap sendirian (arab nie nok wat demotrasi ke??) . Rupe-rupenya cari orang yang dia tak puas hati..malas melayan kerenah arab ..aku segera pulang..

Sebelum menaiki bas , sempat lagi aku melihat arab menganayai kawannya . Ade ke patut dia letak batu dekat tayar bas supaya bas tak boleh bergerak???aku biar jelahkan..lantas aku masuk ke dalam bas . Aku mencari kerusi kosong di belakang . Menunggu bas penuh ku merenung jauh di luar jendela bas . Tak lama kemudian , adalah arab duduk di tepiku . Aku segera menghulurkan tangan dan bertanya khabar..aku tanya arab tu…kamu orang Jordan ke??jawabnya..tak . Aku asalnya orang palestin tapi sekarang aku menetap di Jordan . Sempat juga dia tanya aku ambil bidang apa dan dari mana? . Aku menjawab persolan tadi dengan sebaik mungkin . 10 minit kemudian sampai juga di mujamma` dan aku segera pulang ke rumah..

Itulah pengalaman di negara arab yang boleh dikongsi..mungkin orang lain xde pengalaman nie . Tulahkan kan susah kalau x faham arab nak apa…kita jawab lain pulak..tulah akibatnya . Apa-apapon pengalaman akan mengajar kita erti hidup ini untuk melangkah lebih jauh ke hadapan..usah gentar dengan cabaran . Jadikan ia satu motivasi bagi kita . Jangan ada yang balik Malaysia pulak apabila  baca apa yang ana kongsi nie..just pengalaman…

Cukuplah untuk kali ini , kalau nak menaip sampai esok tak habis… esok ana ada exam…mohon doa kawan2 . so pengalaman nie just sampingan untuk sahabat2 sekalian .



27/11/2012.
Hayyu Dhubat,
Jordan.


Jumaat, 23 November 2012

10 dijanjikan syurga



بسم اللله الرحمن الرحيم
“Ya allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”


Gambar hiasan

10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh nabi saw :

1.Abu Bakar As Siddiq .
2.Umar bin Al-Khattab .
3.Uthman bin Affan .
4.Ali bin Abi Talib .
5.Talhah bin Ubaidullah .
6.Zubair bin Al-Awwam .
7.Abdul Rahman bin Auf .
8.Saad bin Abi Waqaf .
9.Said bin Zaid .
10.Abu Ubaidah bin Al-Jarrah .

Lihatlah perwatakan cara hidup mereka dan jadilah teladan kepada kita untuk menjejaki mereka . Sehinggakan mereka dijamin syurga oleh nabi saw . Sme2lah kita mengambil ikhtibar daripada pengorbanan mereka untuk islam .

23/11/2012
Hayyu dhubat,
Jordan .

Khamis, 22 November 2012

Walaupun kami tidak mampu pergi namun kami mampu kirim



DOA UNTUK SAUDARA KITA DI PALESTIN

Rakyat palestin perjuangkan nyawa dan darah semata2 untuk menegakkan kalimah ilahi dan mendapatkan hak kedaulatan Negara daripada diambil oleh musuh2 islam . Namun kita di sini hanya mampu melihat dan terus melihat tanpa ada sebarang reaksi dan tindakan . Nak mengharapkan kita pergi berjuang menolong saudara kita disana , mungkin tidak pernah terdetik dan terfikir untuk melakukan semua itu . Apa yang kita mampu buat umat islam masa kini sedangkan kita berada dalam jumlah kuantiti yang banyak . Namun seperti tidak ada hubungan antara umat islam di Palestin , Syria dan Myammar . Oleh itu menjadi tanggungjawabku untuk membawa isu ini supaya kita sama2 mengirim doa kepada mereka kerana mereka memerlukan sokongan daripada kita walaupun kita berada dalam zon selesa  . Ingatlah tidak mustahil suatu hari nanti kita akan ditimpa situasi yang sama..(nauzubillahi minzalik) . Doa sebagai senjata untuk orang islam . Saya mengingatkan diri yang lemah ini dan diri orang lain juga . Sama2lah kita melakukan transformasi kearah yang lebih baik .



Boikot

Boikotlah barangan buatan musuh2 islam jika kita sayang dan cinta akan kemenangan  . Berpihaklah kepada islam . Mungkin ini juga satu cara untuk kita melemahkan musuh2 islam takkala islam semakin kembali menyuluh kemenangan . Sekurang2nya kita melemahkan ekonomi mereka walaupun kita tidak mampu berjihad melawan mereka . Carilah barang ekonomi orang islam selagi mampu kerana jika kita menolong orang islam nescaya islam semakin tinggi dan agung . Ada juga yang berpendapat “ memboikot barangan yahudi itu satu kerja bodoh , tak faedah ke? , apa kita nak makan? anak muda kita nak kerja apa jika kita boikot mcdonald , kfc dan sebagainya . ” tapi berusahalah selagi mampu .

Sumbangan/derma/amal kebajikan

Langkah lain yang kita mampu salurkan untuk kemenangan mereka ialah mengeluarkan sedikit nikmat dunia untuk saudara kita walaupun kadang2 kita rasa ia tidak penting dan sukar untuk kita lakukan . Percayalah kataku jika kamu mengeluarkan sejumlah wang sakumu untuk islam nescaya nikmat itu kembali kepada kita juga akhirnya . Lihatlah murahnya allah bagi kita oksigen , tapi kita lupa untuk memberi kepada yang memerlukan . Bukan perkara mudah untuk kita praktikkan . Tapi hulurkanlah selagi mampu . Hatta seringgit kita keluarkan untuk allah maka allah akan menilainya dengan kaca mata akhirat .

Tingkatkan ibadah

Merupakan satu wasilah untuk kemenangan islam kerana dengan ketakwaan mengajar erti  persaudaraan . Contoh mudah dapat disimpulkan ialah “Pernahkan kita terfikir apabila kita menunaikan haji , kita akan bersama2 muslim lain walaupun ia berbeza warna kulit , bangsa dan keturunan” . Namun kita dapat bersatu , begitu jugalah kita . Sama2lah kita meningkatkan ibadah kita untuk persediaan umat islam . Dengan cara ini jika umat islam memenuhi masjid setiap kali solat lima waktu , nescaya musuh islam pasti gerun dengan kita . Inilah permainan buah fikiran untuk kita buktikan bahawa islam bukan agama yang main2 .





Sama2lah kita berjuang untuk islam tercinta ((I LOVE ISLAM))

22/11/2012
Hayyu dhubat ,
Jordan .




Isnin, 19 November 2012

LANCER 2012


 بسم اللله الرحمن الرحيم
“Ya allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”

Alhamdulilah berjaya juga melaksanakan program lawyer : one stop centre atau lebih dikenali dengan LANCER bagi student Jordan 2012 di bumi mafraq tercinta . Apa yang menarik daripada program ini ialah mendedahkan sedikit sebanyak tentang selok belok di mahkamah dan akta undang2 negara . Program ini berjalan selama dua hari bermula pada16 november sehingga 17 november 2012 bersamaan hari jumaat dan sabtu bayt Prisma dan dewan mudarraj Hussien . Sepanjang program tersebut kami disajikan dengan pelbagai kertas kerja . Antaranya ialah demokrasi dan hak asasi manusia di cerminan sivil dan syariah oleh Abdul Rahim Sinwan ( Persatuan Peguam Muslim Malaysia ) , Feminism dan kuasa : watak utama di tabir guaman undang-undang oleh Puan Siti Razasah binti Abd Razak ( peguambela & penguamcara serta peguam syarie ) , Perbankan islam : masa depan dan cabaran oleh Fakihah Azahari dan banyak lagi . Apa yang menarik juga kami dapat bertemu rakan-rakan yang berada di mantiqah lain seperti Amman , Mu`tah dan Yarmouk  .Walaupun pada 18 november , aku ada exam namun tidak menjadi keberatan untuk menghadirkan program yang amat bermanafaat tersebut . Semoga bermanafaat untuk semua .


Sidang Moot Trial (Kes Rayuan)



sesi bergambar bersama delegasi


antara peserta program lancer


antara peserta lelaki yang joint lancer



Ajk lancer 2012



sesi fotografi


majlis pelancaran lancer oleh dato duta malaysia
(dato mohd azidan abd jabar)


bersama dato duta , dato education malaysia jordan dan presiden mantiqah MAFRAQ,AMMAN,MUTAH DAN YARMOUK.


peserta akhowat yg terlibat


peserta bersemangat walaupun seharian berprogram


sebelum program bermula.


malam 16 november : sesi soal jawab tentang hudud




ucapan presiden persatuan peguanm muslim malaysia



Sesi penyampaian hadiah

Rabu, 14 November 2012

FIQH MANHAJI - Hukum menggunakan bekas


Hukum menggunakan bekas yang dibuat dari emas dan perak

-Haram menggunakan bekas emas dan perak kecuali pada keadaan yang darurat .

Hadis :

Daripada huzaifah bin yaman r.a berkata : aku mendengar rasulullah saw bersabda : janganlah kamu memakai sutera dan dibaj(sejenis pakaian berharga daripada sutera),dan jangan lah kamu minum pada bekas emas dan perak dan jangan lah kamu makan pada talamnya,sesungguhnya untuk mereka di dunia dan untuk kita pada hari akhirat.

Hukum menggunakan bekas yang bercampur/ditampal dengan emas dan perak.

-Haram menggunakan bekas yang ditampal dengan emas secara mutlak samaada sedikit ataupun banyak.

-Adapun ditampal dengan perak :

i-jika tampalannya sedikit dan bukan untuk perhiasan(harus)
ii-jika tampalannya banyak  dan untuk tujuan perhiasan(haram)
iii-jika tampalannya banyak untuk kegunaan atau sedikit untuk hiasan(makruh)

Hadis :

Daripada asim ahwal berkata : aku lihat bekas nabi saw di sisi anas bin malik.sesungguhnya bekas tersebut pecah maka ditampal dengan perak,berkata anas : sesungguhnya aku memberikan nabi minum pada bekas ini lebih dari sekian…sekian.

Hukum menggunakan bekas daripada bahan bernilai.

-Harus menggunakan bekas daripada bahan berharga kerana tidak ada dalil pengharamannya.

Hukum menggunakan bekas orang kafir

-Harus menggunakan bekas ini.

-Hadis : 

Daripada abi saklabah r.a sesungguhnya nabi saw bersabda : maka basuhlah dan makan lah dengannya.

14/11/2012
hayyu dhubat,
Jordan.