السمعيات ialah perkara yang sabit melalui al-quran dan as-sunnah yang sahih , yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia secara bersendirian seperti bagaimana bentuknya titian sirat,arasy,hari kiamat,dan sebagainya.
السمعيات merupakan perkara yang berkaitan denagn perkara ghaib , ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia dan tidak mampu difikirkan oleh pancaindera . Kebanyakannya berkaitan dengan hari kiamat .
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai perkara ghaib dari pancaindera kita tidak mampu kita ketahui di alam dunia ini sebagaimana firman allah swt dalam al-quran :
85.Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh . Katakanlah roh itu urusan tuhanku , dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja . (Al-Isra`:85)
Secara umumnya ilmu yang dapat dicapai oleh akal manusia ialah ilmu asas seperti matematik dan seumpamanya , manakala sebahagian yang lain kembali kepada ilmu hasil ujikaji yang berkaitan dengan alam persekitaran yang dapat dilihat dan dirasai seperti ilmu kedoktoran , makmal dan sebagainya .
Adapun ilmu السمعيات sumber utamanya ialah berita yang sahih yang berpandukan al-quran dan as-sunnah . Akal yang sihat wajib mengakui dan membenarkannya kerana berita yang solih lagi benar ini tidak sekali-kali bercanggah dengan akal fikiran yang sihat , perasaan dan akidah yang betul .
Oleh yang demikian , kita wajib beriman dengan wujudnya allah swt , keesaannya , kudratnya dan ilmunya yang merangkumi semua perkara . Kita juga beriman dengan semua sifat daripada sifat-sifat allah swt yang agung . Iman kita dengan kesemua perkara tersebut adalah lebih kuat dan lebih besar dari iman terhadap kewujudan diri kita sendiri . Tidak sekadar itu , kita juga wajib beriman bahawa allah swt memiliki segala kesempurnaan dan keagungan yang melebihi segala kesempurnaan dan keagungan yang lain darinya . Walaupun demikian , akal manusia yang sihat tidak dapat untuk menterjemahkan bagaimana bentuk wujud allah swt dan zatnya kerana allah swt tidak sama dengan apa yang kita fikirkan .
Firman allah swt :
11.(Allah swt) Pencipta langit dan bumi . Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri , dan dari jenis haiwan ternak berpasang-pasangan dari jenisnya . Dijadikannya kamu berkembang biak dengan jalan itu . Tiada sesuatupun yang sebanding dengannya , dialah yang maha mendengar lagi maha melihat . (As-Syura:11).
Kita juga wajib beriman bahawa allah swt akan menghisab hambanya diatas amalan mereka pada hari kiamat dengan hisab yang adil lagi teliti tetapi kita tidak dapat bayangkan bagaimana hakikat hisab itu semasa di dunia .
Beriman dengan perkara ghaib merupakan kekuatan iman dan fitrah yang sejahtera bagi seseorang itu . Allah swt telah memuji orang yang beriman dengan perkara ghaib ini dengan pujian yang hebat . Orang yang mengingkari perkara ghaib boleh terkeluar daripada agama islam.Wawwahua`lam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan