Allah swt menciptakan manusia dalam pelbagai
tingkah laku,ada yang soleh ada yang kurang soleh . Begitu juga ada yang terus
mencari hidayah , namun yang lebih malang lagi ialah orang yang jauh dari
hidayah allah swt . Nur (cahaya) hidayah akan terpancar kepada manusia yang
terpilih sahaja . Alhamdulilah kita dilahirkan dalam keadaan islam dan yakin
berterusan sehingga ke
penghujung hayat . Seringkali manusia melakukan kesalahan , samaada kecil atau
besar , tua atau muda . Alam ini tidak akan aman dan makmur jika tidak ada
manusia yang menjalankan amar makruf nahi mungkar . Hal ini kerana manusia
asyik lalai dan lupa akan kenapa ia
diciptakan? Persoalannya pihak mana yang perlu dipersalahkan? adakah pemerintah
, ibu bapa , ataupun kawan . Dalam hal ini , kita tidak perlu menunding jari
menyalahkan sebelah pihak sahaja . Tetapi apa yang lebih penting ialah diri
seseorang individu itu sendiri harus dipersalahkan .
Sebagaimana Allah swt berfirman di dalam al-quran :
104.Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang
menyeru kepada kebajikan , menyuruh (berbuat ) yang makruf , dan mencegah dari
yang mungkar .(137) Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung . (Ali-imran :
104)
(137).Makruf ialah segala
perbuatan yang mendekatkan diri kepada allah swt , sedangkan mungkar
ialah segala perbuatan yang menjauhkan diri dari allah.
Allah swt menjadikan umat islam ialah umat
terbaik kerana umat islam saling berpesan diantara satu sama lain.
Firman allah swt dalam al-quran :
110.Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan
untuk manusia , kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf , dan mencegah dari
yang mungkar , dan beriman kepada allah . Sekiranya ahli kitab beriman ,
tentulah itu lebih baik bagi mereka . Diantara mereka ada yang beriman , namun
kebanyakan mereka adalah orang yang fasik . (Ali-imran : 110)
Terdapat beberapa cara dan kaedah untuk
mencegah kemungkaran sebagaimana hadis di bawah . Walaupun begitu bukan
bermakna hanya itu sahaja cara yang kita mampu lakukan untuk mencegah
kemungkaran .
Dari Abi Said Al-Khudri r.a berkata : aku mendengar
rasulullah saw bersabda : siapa yang melihat kemungkaran diantara kamu
hendaklah ia mengubah dengan tangan , jika tidak mampu hendaklah ia
mengubahnya dengan lisannya , jika tidak mampu juga hendaklah ia mengubah
dengan hatinya , hal yang demikian adalah selemah-lemah iman . (riwayat
muslim).
Jelaslah bahawa hadis diatas menyarankan kita
mengubah dengan tangan (kuasa) ika kita mampu melaksanakannnya , jika tidak
mampu , maka ubahlah dengan percakapan , kalau tidak mampu juga bencilah di
dalam hati dengan bertekad tidak akan mengikuti jejak langkah mereka .
Akhir kalam , marilah kita semua berganding
tenaga untuk saling menasihati diantara satu sama lain , kerana barangkali kita
tidak perasan akan kesalahan yang kita lakukan , bolehjadi orang lain menyedari
kesalahan kita . Oleh yang demikian haruslah kita saling mengingati diantara
kita . Semoga hidup ini lebih bermakna dengan saling mengubah kearah kebaikan
. Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan