Kontemporari merangkumi banyak cara dan kaedah yang kita perlu tahu dalam membuat dan menilai sesuatu perkara . Perkara yang perlu kita selesaikan juga memainkan peranan yang penting dalam menangani sesuatu masalah yang mungkin sukar bagi sesetengah manusia untuk menyelesaikannya .
Ramai orang ingin berdakwah dan berniat untuk mengubah orang lain untuk jadi lebih baik daripada sekarang . namun sukar untuk menyatakan kaedah dan cara yang betul bagi menyelesaikan masalah itu . Apa-apapun mungkin saya dapat kongsikan sedikit sebanyak tentang konsep dan realiti dakwah kontemporari . Kaedah pertama , kita melihat dua orang yang sedang berkapel di tepi pantai???Apa yang perlu kita lakukan???Bagaimana caranya . Adakah kita boleh terjah memarahi mereka atau kita menghina mereka???Timbul persoalan di sini bagaimana kita ingin menyelesaikan masalah yang kian menjadi-jadi . Bagi pandangan saya , pertama kita mestilahg mengajukan persoalan seperti…Assalamualaikum adik…nie siapa?ringkasnya dahulu dengar penjelasan mereka dan jangan terus menyerang tanpa usul periksa . Apabila sudah jelas maklumat tersebut barulah kita mengatakan kesalahan mereka dan memberi nasihat akan keburukan dan kemusnahan berkapel . Apa kata kita beri cadangan supaya mereka segera melangsungkan perkahwinan . Seterusnya , gunakan bahasa yang lembut dan cantik supaya mereka akan berasa selesa dengan teguran kita . Dengan itu kita dapat menarik mereka ke lembah kebaikan dan melupakan kejahatan yang mereka pernah lakukan sebelum ini .
Begitu juga , seorang yang berdakwah mestilah bersikap suka menghukum tanpa usul periksa kerana hal ini akan membawa kepada fitnah dan pertelingkahan yang berpanjangan . Selain itu , seorang pendakwah mestilah sentiasa menjaga amalan sunat dan fardhu supa mendapat kekuatan daripada allah swt untuk membawa agamanya . antaranya zikir , solat sunat , membaca al-quran , puasa sunat dan sebagainya .
Kita asyik marah apabila orang islam masuk kristian , tapi kita lupa bahawa kita kurang dalam menjalankan kerja dakwah menuju allah swt . apa tidaknya kita asyik mengajar dan berdakwah hanya di surau atau masjid . Oleh yang demikain , selain daripada tempat itu kita kurang untuk mempraktikkan amalan dakwah sebagaimana sahabat nabi saw yang selalu member nasihat sama ada di pasar , di rumah dan sebagainya . Lantaran itu , islam tersebar luas ke serata dunia . Lihatlah saudaraku bagaimana sahabat nabi saw menjalankan kerja dakwah yang tidak mengenal erti susah dan payah .
Tahukah saudara salah satu cara orang kristian menjalankan tugas dakwahnya???Antaranya , pernah saudara fikir semasa kita solat jumaat . Terdapat segelintir remaja kita yang tidak mengerjakan soalt jumaat dan mereka lepak di luar masjid . Orang kristian menjalankan dakwah mereka semasa orang islam lain mendengar khutbah dengan memberi nasi bungkus kepada remaja tersebut . Dan akhirnya lama-kelamaan remaja tadi tertarik dan terdetik untuk masuk kristian . Mereka beranggapan orang kristian baik hati kerana setiap jumaat mereka akan memberi nasi bungkus . Akhirnya semakin hari semakin bertambah orang murtad di Malaysia . Lihatlah bagaimana cara dan kaedah orang kristian menggunakan uslub dakwah untuk menarik anak muda kepada kristian . Perkara ini adakah kita peduli??? .
Kaedah lain juga ialah , jika kita rasa kita tidak mampu menjalankan kerja dakwah , kita sewajarnya mengambil bahagian dengan NGO dakwah supaya kita dapat saham untuk bekalan akhirat kita .Tambahan lagi , seorang pendakwah melakukan kebaikan terlebih dahulu jika mahu orang lain mendengar dan mengikuti dakwahnya . Ringkasnya perlu jadi contoh teladan yang baik .
Di sini saya tinggalkan persoalan untuk kawan-kawan dan sahabat saya fikir bagaimana hendak menangani masalah di bawah ini .
1.Anda dijemput dari sekolah anda untuk memberi motivasi kepada pelajar yang suka mencuri , merompak , ponteng sekolah , malas belajar dan masalah disiplin . Bagaimana anda mahu berdakwah kepada mereka ?Fikirkan .
2.Anda seorang da`ei . Bagaimana anda mahu berdakwah kepada orang yang berada dalam penjara ?Bincangkan .
3.Mutakhir ini , terdapat banyak masalah hubungan sejenis?Bagaimana anda mahu mengatasinya?Fikirkan .
wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan