بسم
اللله الرحمن الرحيم
“Ya
allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”
![]() |
Gambar Hiasan |
Hari ini tanggal 27 november 2012 , aku boleh pengalaman
baru duduk di negara arab nie . Dipendekkan cerita aku dari bangunan ghazali
menuju ke mujamma` quraish kerana ingin menghadiri muhadoroh (KELAS) sakofah
islamiah doktor farju zubaidy . Sepanjang perjalanan aku berjalan agak laju
sedikit kerana niatku ingin buka buku akidah islamiah jika sampai awal di
mujamma` quraisy . Dipertengahan jalan , sempat je aku berhenti di kedai untuk
membeli biskut . Selepas itu , ku
teruskan perjalanan ke mujamma` quraisy .
Asyik aku berjalan lagi…tiba-tiba , terserempak dengan
seorang pak cik arab . Belum sempat aku mengucap salam , pak cik arab
mendahuluiku . Lantas aku terus menjawab salam tersebut . Pak cik arab tadi tanya
aku : mne qobul tasjil??? nak cop katanya . Aku cakaplah : nampak tak bangunan
yang besar tu…then belakangnya…selepas tu aku melangkah laju lagi . Akhirnya
sampai juga di mujamma` quraisy . Setibanya di kelas , masih ada pensyarah di
dalam kelas tersebut .Jadi aku tunggu jelah dekat luar dahulu . Tanpa membuang
masa aku terus membuka buku akidah islamiah kerana pada esok hari ada exam . Jadi
aku baru nak sentuh . Aku membelek-belek buku akidah islamiah .
Tiba-tiba ada dalam
lima orang pemuda arab datang kepadaku . Aku pelik betul . Dahlah seorang masa
tu . Aku buat tak tau je . Remaja arab tadi semakin hampir denganku . Dalam
hati nie tertanya-tanya apa arab nok drp
aku nie . Rupa-rupanya pemuda arab tadi datang untuk bersalam denganku dan
bertanya khabar .
Pemuda arab : Assalamualaikum???
Aku : Waalaikummussalam sambil menghulurkan tangan .
Pemuda arab : mung ambil imtihan awal madah sakofah tak???
Aku : aku anggup je…aku cakap ada 20 soalan…soalan dia payah
sangat…
Pemuda arab : doh mung boleh berapa??
Aku : pening@#$$%%(x faham apa yang arab cakap) . Aku cakap
ah 20..aku ingat dia tanya soalan imtihan thani ada berapa soalan . Sebabnya
kelmarin exam thani .
Pemuda arab: mung boleh 20..lantas Tanya nama aku npe??
Aku : Abdul Rahman .
Pemuda arab : mung study gne tu??
Aku : angkat kening jelah..
Pemuda arab : lepas tu…habis kawan-kawan dia yang lima orang tu bersalam denganku
sampai senyum-senyum pulak tu .
Aku : senyum jugalah .
Seminit kemudian , aku masuk dalam kelas..macam biasa ah aku
duduk baris keempat.masa tu aku seorang je melayu . Aku sambung baca buku
akidah islamiah . Pastu datang pulak arab tadi . Rupa-rupanya dia sekelas dengan
aku . Mana tahukan . Dia duduk tepi aku pastu tanya name penuh aku..
Pastu baru aku faham…dia buat pengumuman dalam kelas kata aku
boleh 20/20 exam…huh letih aku nak jawab gini . Bukan tu saja , dia suruh aku
pergi depan dekat doctor ngajo tu…nak beritahu orang lain…aku fikir mati doh
aku . Dia pegang dan tarik aku…aku cakap dkat dia…x payahlah..pastu aku sambung
lagi study…
Nak tau dia buat apa dekat aku lepas pada tu???dia pegang
kepala aku…then..arab tadi cium aku..bukan cium macam kawan2 dia tu…dia cium
betol2 dekat pipi…aduh…aku senyap sebentar..terkaku , kelu tak tau nak cakap
apa doh..senyap terus…niat nak study akidah tadi hilang serta merta . Dalam
hati(jenglah arab nie) . Ade ke patut dia cium aku..aku x tau nak cakap apa masa
tu…dohlah orang laki arab..
Padahal nak jadikan cerita aku bukannya boleh 20..tpi arab
salah anggap aku boleh 20/20 exam..first time boleh kawan arab ramai hari nie…sebelum
nie..ada ah skit 2,3 orang dalam kelas tu…tetiba je ari nie ramai pulak yang
nak kawan dengan aku .
Tidak lama kemudian , doktor masuk ke kelas..arab buat hal
lagi . Doktor marah arab sampi jam 1.30 petang..pastu mengajar 15 minit then habis kelas . Sebelum balik tu sempat
lagi arab tegur aku..aku dah tak tau nok
cower nape tadi . Selepas itu , aku segera keluar dari mujamma quraisy..apabila
aku turun tangga dan berjalan hendak pulang ke rumah . Tiba-tiba je ada arab
bawak kayu and the geng…ramai jugaklah dalam 50 orang gak..aku bercakap
sendirian (arab nie nok wat demotrasi ke??) . Rupe-rupenya cari orang yang dia
tak puas hati..malas melayan kerenah arab ..aku segera pulang..
Sebelum menaiki bas , sempat lagi aku melihat arab menganayai
kawannya . Ade ke patut dia letak batu dekat tayar bas supaya bas tak boleh
bergerak???aku biar jelahkan..lantas aku masuk ke dalam bas . Aku mencari
kerusi kosong di belakang . Menunggu bas penuh ku merenung jauh di luar jendela
bas . Tak lama kemudian , adalah arab duduk di tepiku . Aku segera menghulurkan
tangan dan bertanya khabar..aku tanya arab tu…kamu orang Jordan ke??jawabnya..tak
. Aku asalnya orang palestin tapi sekarang aku menetap di Jordan . Sempat juga
dia tanya aku ambil bidang apa dan dari mana? . Aku menjawab persolan tadi
dengan sebaik mungkin . 10 minit kemudian sampai juga di mujamma` dan aku
segera pulang ke rumah..
Itulah pengalaman di negara arab yang boleh
dikongsi..mungkin orang lain xde pengalaman nie . Tulahkan kan susah kalau x
faham arab nak apa…kita jawab lain pulak..tulah akibatnya . Apa-apapon
pengalaman akan mengajar kita erti hidup ini untuk melangkah lebih jauh ke
hadapan..usah gentar dengan cabaran . Jadikan ia satu motivasi bagi kita . Jangan
ada yang balik Malaysia pulak apabila
baca apa yang ana kongsi nie..just pengalaman…
Cukuplah untuk kali ini , kalau nak menaip sampai esok tak
habis… esok ana ada exam…mohon doa kawan2 . so pengalaman nie just sampingan
untuk sahabat2 sekalian .
27/11/2012.
Hayyu Dhubat,
Jordan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan