Masa atau waktu untuk mendirikan solat :
1-Fajar(subuh) : Masuk
waktunya dengan kelihatan fajar sidiq , dan berakhir dengan terbit matahari .
2-Zohor : Bermula
waktunya dengan tergelincirnya matahari ke arah barat .
3-Asar : Bermula waktu
berakhirnya waktu zohor dan berakhir sehingga terbenam matahari .
4-Maghrib : Bermula
waktunya dengan terbenam matahari , dan berakhir sehingga hilang cahaya
merah dan tiada kesan di sebelah barat .
5-Isya` : Masuk waktunya
selepas berakhir waktu maghrib dan berakhir sehingga terbit fajar sidiq .
Bilangan rakaat
Solat fardhu
|
Solat sunat rawatib
|
Subuh : 2 rakaat
|
Sebelum subuh sahaja
|
Zohor : 4 rakaat
|
Sebelum dan selepas zohor
|
Asar : 4 rakaat
|
Sebelum asar sahaja
|
Maghrib : 3 rakaat
|
Sebelum dan selepas maghrib
|
Isya` : 4 rakaat
|
Sebelum dan selepas isya`
|
Solat Sunat
1-Solat sunat awwabin /
hizful iman : Bagi memelihara keteguhan iman & menghapuskan dosa .
2-Solat sunat rawatib :
Bagi menampung kekurangan solat fardhu yang dikerjakan .
3-Solat sunat hajat :
Bagi memohon sesuatu hajat yang baik .
4-Solat sunat
istikhoroh : Bagi memilih & menentukan manakah yang lebih baik untuk
dilakukan .
5-Solat sunat tahajjud :
Dilaksanakan diwaktu malam selepas terjaga daripada tidur .
6-Solat sunat dhuha
: Bagi memohon dimurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka .
7-Solat sunat tasbih :
Solat yang mengandungi bacaan tasbih dalam melaksanakannya .
8-Solat sunat witir :
Solat penutup solat sunat dan solat malam .
9-Solat sunat istisqa` :
Dilakukan supaya Allah swt menurunkan hujan & menghilangkan kemarau .
10-Solat sunat
taubat : Memohon supaya dihapuskan dosa yang telah dilakukan sama ada
sengaja ataupun tidak sengaja .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan