Rabu, 14 November 2012

AGUNGNYA


بسم اللله الرحمن الرحيم

“Ya allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”

Sinarmu membawa cahaya dalam gelaktawaku ,
Keangunganmu tak terfikir dibenakku ,
Setianyamu muncul setiap pagi dalam hidupku ,
Ketika mana ku menempuh sisa baki hidupku .

Tak pernah terlintas dibenak fikiranku ,
Kau amat bermakna bagiku ,
Tak bias ku genggammu ,
Kerana ku tahu ia mustahil bagiku .

Saatku mengharap kau menyinar ,
Akhirnya kau muncul membawa sinar harapan untukku ,
Saat pintu rezeki kian mekar ,
Aku akur dengan takdirmu .


Beranda rumahku , hayyu dhubat , Jordan(lepas subuh)

   Lihatlah matahari yang sentiasa bangkit takkala musim sejuk , musim bunga , musim panas dan sebagainya.. dia tidak pernah ingkar akan suruhan allah . Tapi kita asyik ingkar , asyik lena dalam permainan dunia . Kita lupa siapa kita…kita bangun kita lihat matahari menyinar dengan senyumannya yang tidak jemu-jemu . Kita tidak pernah fikir pintu rezeki akan terbuka luas di waktu pagi...kita renung matahari…xde apa2pun….kita lihat cahaya..kita asyik kata..ini biasa je . Alangkah indahnya jika kita fikir bahawa setiap yang berlaku itu allah jadikan sebagai ujian..hidup perlu ada tarbiah supaya hidup lebih gempak dengan hidayah..jika kita tak nak bangun subuh . Kita fikir..matahari boleh menjalankan tugasnya mengikut peraturan allah kenapa tidak kita..jika orang lain dapat bangun awal , kenapa tidak kita . Orang lain boleh senyum kenapa kita susah untuk senyum walaupun kita ditimpa masalah..senyum itu sedekah..bersedekahlah banyak-banyak . Matahari apabila muncul pasti membawa rahmat kepada semua orang tidak kira muslim atau kafir . Kita biar hidup dapat memberi rahmat kepada orang lain…biar orang lain suka kita , bukan suruh orang benci kita . Kejarlah matahari selagi ia masih muncul sebelum tibanya hari yang mana allah swt tidak akan menerima taubat seorang hambanya .

14/11/2012
Hayyu dhubat ,
Jordan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan