Bahagian air
Air ada empat bahagian . Antaranya :
Air ada empat bahagian . Antaranya :
1.Suci lagi menyucikan : Air mutlak yang kekal (asal) diatas sifatnya yang diciptakan oleh allah swt .
Hadis :
Daripada Abi hurairah r.a berkata : Telah berdiri seorang arab maka dia kencing di dalam masjid , maka berdiri manusia (para sahabat) untuk menghalangnya , maka nabi saw bersabda : Biarkan , dan tuangkan keatas air kencing tadi sebaldi daripada air sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk memudahkan bukan menyusahkan .
2.Suci lagi menyucikan tetapi makruh : Air musammas yang terkena/terhindar dengan cahaya matahari .
Syarat untuk menjadi air musammas :
-Sesungguhnya berlaku pada negeri yang panas .
-Sesungguhnya bekas air tersebut dari jenis yang boleh ditempa selain emas dan perak .
-Sesungguhnya jika digunakan pada badan anak adam membawa kepada penyakit kulit(sopak) .
Hadis :
Dipindah kata oleh syafie : Daripada Umar r.a : Sesungguhnya dia (umar) tidak suka mandi dengannya , dan berkata : dan aku tidak akan menggunakan air musammas kerana masalah kesihatan . Kemudian diriwayatkan oleh Syafie : Sesungguhnya ia membawa kepada penyakit sopak .
3.Suci tetapi tidak menyucikan :
i-Air yang sedikit . Digunakan pada anggota wudhuk yang wajib seperti mandi wajib dan berwuduk .
Dalil mengatakannya suci : Daripada jabir bin Abdullah katanya : Rasulullah saw datang menziarahi aku dan aku sakit dan tidak sedarkan diri . Maka rasulullah berwuduk dan menyapu wudhuknya kepadaku .
Dalil mengatakannya tidak suci : Daripada Abi hurairah r.a sesungguhnya rasulullah saw bersabda : Jangan mandi seseorang pada air yang tenang(bertakung) sedangkan ia berada dalam keadaan berjunub(berhadas) . Maka orang ramai bertanya : wahai Aba hurairah , bagaimana nak buat? Abi hurairah berkata : Selam dengan menyelam seluruh badan kesemuanya .
ii-Air mutlak yang bercampur sesuatu daripada benda yang suci dan tidak mungkin boleh dipisahkan setelah bercampur dengannya seperti tea dan arqasus .
4.Air mutanajjis : Air yang terdapat padanya najis dan terbahagi kepada dua bahagian :
i-Jika air itu sedikit : Tidak sampai dua kolah . Air ini dikira najis dengan hanya terjatuh najis kedalamnya walaupun sedikit walaupun tidak berubah Sesuatu padanya daripada sifatnya seperti warna , bau dan rasa .
Hadis :
Riwayat yang lima(Abu daud , At-tirmizi , An-nasa`ie , Ibnu majah dan Iman ahmad) daripada Abdullah bin umar r.a katanya : Aku mendengar rasulullah saw ditanya tentang air yang terdapat di padang pasir yang luas , dan terdapat binatang dan haiwan melata . Maka berkata rasulullah saw : Apabila air cukup dua kolah , maka tidak membawa najis ke atasnya pada lafaz abi daud(65) : Sesungguhnya ia tidak najis .
ii-Jika air itu banyak : Sampai dua kolah ataupun lebih daripada itu . Air ini tidak dikira najis dengan terjatuh najis kedalamnya .Ia akan menjadi najis jika berubah salah satu daripada sifat2nya . Samaada warna , bau , rasa .
Berkata ibnu munzur : Ijmak ulama bersepakat sesungguhnya air itu sedikit ataupun banyak apabila terdapat padanya najis , maka berubah dari segi rasa atau warna atau bau , maka ia dikira najis .
Air yang boleh digunakan untuk bersuci
-Bukan semua keempat2 air itu suci untuk bersuci . Bahkan sah untuk bersuci hanyalah air yang no 1 dan 2 , akan tetapi no 2 itu makruh pada badan .
-Adapun jenis yang ketiga itu : Tidak sah bersuci dengannya . Akan tetapi sah digunakan pada selain bersuci .
-Adapun jenis yang keempat itu : Ianya najis dan tidak sah untuk digunakan untuk bersuci .
13/11/2012
Hayyu dhubat , mafraq
Jordan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan