Di suatu
keheningan malam yang disinari lampu yang suram , sempat saya berbincang dan
bertukar-tukar pandangan bersama sahabat saya . Saya usulkan kepada
sahabat saya mengenai satu perkara yang dibimbangi mengundang masalah tanpa
ada rasa pencegahan dan penelitian daripada beberapa pIhak . Kita khuatir jika
perkara ini hilang di mata masyarakat yang semakin jauh dengan nikmat duniawi .
Terdapat sahabat ana mengusulkan cadangan dan pandangan yang sesuai
tentang isu bagaimana cara untuk menarik anak muda untuk kembali mendekati
rumah allah swt . Hal ini kerana kita khuatir rumah allah swt lenyap tanpa
dihiasi golongan muda . Rata-rata hanya terdapat golongan tua yang pastinya
suatu hari nanti pergi meninggalkan kita .
Antara kesimpulan
daripada perbincangan yang kami dapat ialah :
1. Sentiasa pandai
mengambil hati golongan muda dengan cara mendekati mereka dengan apa yang
mereka sukai . Sebagai contohnya ialah jika mereka suka bermain futsal , apa
salahnya jika kita juga serta bermain bersama mereka . Apabila tiba waktu yang
sesuai , kita terapkan isu dakwah iaitu dengan melakukan solat apabila
kedengaran laungan azan .
2. Cuba tunjukkan
contoh teladan yang baik . Samaada dari segi perkataan mahupun perbuatan . Hal
ini kerana nabi Muhammad saw sendiri berakhlak dengan akhlak terpuji dalam
menjalankan dakwah .
3. Perbanyakkan aktiviti
yang berkait rapat dengan remaja di masjid dan surau seperti menganjurkan
pertandingan takraw peringkat masjid . Mengadakan ekspedisi motor dengan
menghadiahkan baju dan sebagainya . Dengan cara ini lebih mudah untuk menarik
ramai muda mudi di luar sana supaya menjadikan rumah allah sebagai tempat
menjalankan aktiviti berfaedah . Bila dah cinta dan kasih maka mudahlah mereka
mengimarahkan rumah allah swt .
4. Kita dahulu mesti
berubah baru mengubah orang lain yang jauh terpesong . Jangan kita sangka kita
dapat mengubah orang lain jika kita sendiri sukar mengubahnya .
5. Mohonlah doa kepada
allah swt supaya hati mereka menjadi lembut dan berdetik untuk menjejakkan kaki
ke rumah allah swt.
Akhirnya ambillah apa
yang sesuai untuk dijadikan cara untuk menarik anak muda mengimarahkan rumah
allah swt kerana kita tahu tanpa pemuda runtuhlah agama , banga dan negara .
Perlu ditegaskan di sini , bahawa tugas dakwah bukan terletak kepada kaum
lelaki sahaja atau kepada kaum wanita sahaja . Akan tetapi kita semua perlu
menghidupkannya.…..wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan