Dalam sebuah
kampung , terdapat seorang datuk tua . Beliau mempunyai empat orang cucu yang
suka mendengar celoteh dan lawak jenaka . Dia mempunyai empat orang cucu yang
bernama Ahmad , Hafiz , Fatin dan Syafiqah . Mereka suka mendengar cerita datuk
mereka .
Bermulalah
siri pengembaraan mereka di sebuah pondok usang . Cucunya asyik menonton televisyen
lalu si datuk mendapat satu idea dengan berselorohnya , si datuk memulakan
bicaranya dengan serangkap pantun .
Wahai anak
cucu atok ,
Mari dengar
cerita atok ,
Siapa yang
cepat angguk ,
Nanti atuk
bagi jeruk .
Mendengar
tawaran tersebut , semua cucunya menghampirinya dengan segera dan bersemangat .
Lalu si datuk memulakan cerita :
Datuk : Nak
tau tak apa itu bulan ramadhan?
Hafiz : Apa
dia ? tak tahuuuu .
Datuk : Cuba
teka apa itu bulan ramadhan ?
Fatin :
Bulan bagi umat islam mengerjakan puasa fardhu.
Datuk : Betul…lagi..ce
cerita…ce cerita…
Ahmad : x
tau lah tok..cuba tok cerita…
Datuk : Seekor
dua kucing berlari ,
Hitam putih berselang seli ,
Kalau nak tahu bacalah sendiri ,
Lain kali cerita lagi .
Hahaha….tergelak
datuk dengan ayat yang spontan tu…tu tuk saja je gurau..dengar baik-baik tau . Ramai orang beranggapan bahawa bulan
puasa ialah bulan yang difardhukan puasa bagi umat islam , solat terawih dan
pelbagai tanggapan yang lain sering berlegar di fikiran kita . Namun mereka
kurang sedar bahawa bulan ramadhan mengandungi seribu malah sejuta kelebihan
yang dijanjikan oleh allah swt kepada hambanya . Malah setiap amalan kebaikan
digandakan dengan berlipat kali ganda.
Syafiqah :
Atok kata banyak kelebihan ramadhan .
Apa dia tok?
Datuk : Dengar
tau jangan x dengar : 1 - Bulan yang
mana allah swt menutup pintu neraka dan membuka seluas2nya pintu syurga .
Daripada Abi Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw
bersabda : Apabila datang bulan ramadhan , maka dibuka pintu syurga dan ditutup
pintu neraka , dan dibelenggu syaitan . mutafaqun alaihi.
2 - Dilipat gandakan ganjaran pahala
berbanding bulan2 lain .
3 - Menguji siapa
diantara umatnya yg betul-betul beriman .
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada nabi saw bersabda :
Siapa yang puasa ramadhan dengan penuh keimanan dan ketakwaan , nescaya
diampunkan dosanya yang telah lalu . muttafaqun alai.
Syafiqah : 0oooo….baru
tau . Habis tu tok…cuba tok terang apa itu puasa???
Datuk : Sebelum
tu….tok nak tye….hafiz puasa x tahun lepas???
Hafiz : Puasa…..
Datuk : Ye
ke nie….(sambil membuat muka kebudak-budakan) . Alah cucu atok….atok gurau
je…jangan ngajuk tau .
Datuk : Ok…puasa
dari segi bahasa ialah menahan diri . Dari segi istilah pula ialah menahan diri
daripada melakukan perkara yang
membatalkan puasa bermula daripada terbitnya fajar sehingga terbenam matahari
berserta dengan niat .
Ahmad : Tok…boleh
mad tahu tak apa syarat wajib puasa???
Datuk : Boleh
apa salahnya…tok akan ceritakan secara ringkas . Pertama islam , kedua berakal ,
ketiga baligh , keempat berkemampuan untuk berpuasa . Haaaa…nak tau tak apa
lagi amalan yang boleh kita lakukan pada bulan ramadhan?
Syafiqah : Nak2…seronoklah
dengar cerita atok .
Datuk : Banyak
amalan yang kita dapat lakukan pada bulan ramadhan antaranya solat terawih , bersedekah
, membaca al-quran , berzikir , berqiamullai , mengeluarkan zakat dan mengerjakan
haji bagi yang berkemampuan dan sebagainya . Setiap pekerjaan yang baik pasti
dibalas oleh allah swt di akhirat nanti . Ganjaran syurga akan dibalas pada
hari kiamat nanti .
Fatin :
Atuk…betul ke peperangan tabuk berlaku di bulan puasa?
Datuk : Pandai
cucu atok….tapiiii bukan peperangan tabuk saja . Banyak lagi peperangan yg
berlaku di bulan ramadhan antaranya ialah perang badar,perang
taif,perang tabuk,pembukaan kota mekah,perang faradh,perang buwayb,perang
qudisiyyah,pembukaan islam di mesir,pembukaan palestin,pembukaan
andalus,pembukaan morocco tengah,perang shazounah,pembukaan kota
Indus,penaklukan konstatinople,penghujung kekalahan tentera salib,perang
hittin,perang malaz jard,perang zallaqah,kejatuhan tentera monggol dan
sebagainya .
Hafiz : Habis
tu…dahagalah tok .
Datuk : Itulah
bukti perjuangan umat terdahulu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk
menegakkan kalimah tauhid walaupun dalam keadaan puasa . Oleh itu kita mestilah
memelihara agama kita supaya sentiasa bersinar sehingga hari kiamat .
Fatin : Atok…apa
lagi peristiwa penting yang berlaku di bulan ramadhan???
Datuk : Peristiwa
penurunan al-quran juga berlaku pada bulan ramadhan . Sebagaimana firman allah
swt dalam al-quran :
185. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah)
bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (Al-Baqarah : 185)
Selain itu syariat supaya mengeluarkan zakat
fitrah . Zakat fitrah wajib kepada umat islam yang cukup syarat2nya . Zakat fitrah
juga hanyalah wajib dikeluarkan pada bulan ramadhan . Zakat difardhukan pada
tahun kedua hijrah iaitu pada tahun difardhukan puasa pada bulan ramadhan . Sebagaimana
hadis yang disyariatkan :
Daripada
ibnu umar r.a. katanya : Rasululllah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada
bulan ramadhan keatas setiap orang sama ada orang merdeka atau hamba,lelaki
atau perempuan daripada kalangan orang-orang islam , dengan satu gantang tamar
atau satu gantang gandum . Hadis riwayat bukhari(1433)dan muslim(984).
Begitu juga pengsyariatan haji dan sebagainya.
Nenek :
Cukup2lah bang dah lewat senja nie.nanti budak2 tu lambat nak solat maghrib.…
Datuk :
Aaaa….atok rasa cukup untuk hari ini . Apa2pun ingat pesanan atok biar tahun
nie puasa penuh tau . Okey dah pergi mandi .
Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan