Manusia sering kali ditimpa gelisah , keresahan , kegagalan , ujian dan
sebagainya . Namun , semua itu manusia mampu mengatasinya dengan berusaha untuk
mengelak daripada takdir . Akan tetapi bukan semua manusia dapat menyelesaikan
masalah dengan hanya berdiam diri dan berkurung di dalam bilik . Apa yang
penting di sini ialah bagaimana cara dan kekuatan yang kita ada untuk membina benteng
bagi menghadapi masalah yang semakin berpanjangan dan berterusan . Manusia
asyik menyalahkan sesuatu jika berlaku hal yang kurang menyenangkan . Sebagai
contohnya , saya datangkan suatu cerita supaya kita tidak boring mengikuti blog
ini :
Pada
suatu hari , Syafiq dan Ayub pergi bersiar-siar di sebuah pusat beli belah yang
terkenal di ibu kota . Mereka keluar tanpa kebenaran daripada ibu bapa . Jam
menunjukkan jam 9.00 malam . Syafiq mencapai kunci motor yang diletakkan di
atas meja , lalu pergi ke rumah ayub . Sepanjang perjalanan , syafiq berasa
gementar dan serba salah kerana keluar daripada rumah tanpa pengetahuan ibu
bapa . Setibanya di rumah ayub . Syafiq menelefon ayub dan memberitahu bahawa
dia sedang berada di hadapan rumahnya . Ayub tanpa membuang masa membonceng
motosikal yang dipandu oleh syafiq ke pusat beli belah tersebut . Setibanya
sampai di pusat beli belah tersebut . Tiba-tiba seorang inspektor polis
menyapanya . Adik , boleh tunjukkan lesen . Syafiq segera menghulurkan lesen .
Ok dik , diringkaskan cerita , apabila hendak pulang ke rumah . Ayub terjatuh
kerana terpijak kulit pisang . Ayub mengeluh kesakitan . Kata ayub : Siapa yang
membuang kulit pisang di merata-rata tempat nie? kalau x aku x jatuh…Tiba2
datang seorang pak cik tua menegur kepada mereka . Nak… x baik cakap macam tu .
Jangan menyalahkan takdir . Mereka mula insaf . Mereka teringat bahawa mereka
keluar tanpa pengetahuan ibu bapa . Mereka bertekad dan berazam untuk tidak
lagi mengulangi kesalahan mereka .
Setibanya di rumah , mereka memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa mereka dan
menceritakan apa yang berlaku . Syafiq dan ayub bersyukur diatas kejadian
semalam kerana mereka mendapat hidayah untuk berubah dan mendengar nasihat ibu
bapa . Mereka menjadi anak yang taat kepada suruhan agama .
Kesimpulannya , kita sewajarnya tidak menyalahkan takdir semata2 , akan tetapi
kita perlu yakin dan percaya segala kesulitan dan kesusahan pasti ada hikmahnya
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan