Mutiara Kata

Hargailah ilmu yg kau miliki ,
Kerana disebalik ilmu fantasi ,
Engkau mengenal pencipta ilahi ,
Nescayamu dapat membawa reformasi rabbani . (Isnin-23/07/2012)


Perempuan cantik :
Syarak yang diterima syarak :-
1-Menutupi seluruh anggota badan(kecuali muka dan tapak tangan).
2-Memakai pakaian longgar.
3-Tidak memakai pakaian yang nipis dan jarang.
4-Tidak mengenakan perhiasan pada dirinya.
5-Tidak memakai pakaian yang mahal-mahal.
6-Tidak memakai wangi-wangian.
7-Tidak meniru pemakaian orang kafir. (Rabu-25/07/2012)


“Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang , lihatlah dia sewaktu dia sangat marah , jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca dan membencinya jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya , lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya” .
 (Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman).      (Rabu-25/07/2012)



Nasihat Abu Hanifah tentang mencari ilmu pengetahuan :

Menuntut ilmu , disamping mencari harta akan membawa kegagalan di dalam pelajaran . Mencari harta akan membawa kepada membeli hamba dan sentiasa sibuk dengan kekayaan dunia . Katanya lagi (Abu Hanifah) : “Jangan berkahwin sebelum mendapat ilmu pengetahuan kerana ia akan merugikan masa dan sudah tentu akan mendapat anak-anak yang perlu diberi nafkah”.Tuntutlah ilmu semasa muda remaja , hati senang dan lapang dada kerana apabila mempunyai anak yang ramai , jiwa tidak akan menjadi tenteram . (Jumaat-27/07/2012)



“Sahabat yang baik , apabila dipandang wajahnya , membawa mengingati ALLAH , mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu , terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada ALLAH , berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH” . (Ahad-05/08/2012)

Ramai manusia yg memiliki kekayaan,kesihatan yang baik,keelokkan wajah,dan pelbagai lagi nikmat hidup yang tidak terhitung.Namun berapa ramai dikalangan manusia yang berusaha meendekatkan diri kepada allah swt dan bersyukur diatas kurniaan allah.Itulah manusia yang selalu lalai dan leka tatkala nikmat datang tanpa memikirkan suatu hari nanti pasti nikmat itu bukan miliknya kerana setiap manusia pasti merasai kematian.(Rabu-05/09/2012)

Bukan mudah mendapatkan syurga tapi buka susah menempah neraka.(Rabu-05/09/2012)

Orang yang beruntung ialah orang yang menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.Jika semalam dia melakukan dosa,maka hari ini dia tidak mengulanginya lagi.Jika semalam dia berbual kosong,maka hari ini dia penuhi dengan benda yang bermanafaat.Jika semalam mereka dia gagal,maka hari ini dia bertekad untuk tidak mengulanginya.Begitu juga,jika semalam dia dibuli,pastinya hari ini dia bangkit kembali.

Pesan iman syafie kepada kita :

~4 perkara menajamkan fikiran :

1-Bercakap dengan orang soleh.
2-Tidak banyak berbual kosong.
3-Bergaul dengan para ulama.
4-Rajin bersugi(gosok gigi).

~4 perkara menajamkan mata :

1-Duduk mengadap kiblat.
2-Bercelak sebelum tidur.
3-Memandang benda hijau.
4-Berpakaian bersih.

~4 perkara menguatkan badan :

1-Berpakaian dari kapas.
2-Memakai haruman.
3-Makan daging.
4-Sentiasa mandi.

~4 perkara merosakkan mata :

1-Melihat orang dibunuh.
2-Membelakangi kiblat.
3-Memandang najis.
4-Melihat kemaluan.

~4 perkara melemahkan badan :

1-Banyak minum air ketika makan.
2-Banyak makan benda masam.
3-Banyak bersetubuh.
4-Selalu cemas.

Belajar mendalami sesuatu perkara itu lebih penting daripada mencari benda baru tapi hanya mengetahuinya secara sedikit-sedikit.

Sukar mencari cinta rabbi,akan tetapi mudah mencari cinta duniawi.

Amalan yang baik ialah ikhlas walaupun sedikit.

Tegurlah sahabatmu takkala salah,jangan biarkan ia lakukan maksiat kerana jika kau sayang dia kau pasti membimbingnya menuju firdausi.Percayalah syurga itu indah seindah pelangi diwaktu hujan panas.

Hargailah waktu lapangmu jika kau sayang cita-citamu.

Orang yang hebat bukan hanya pandai mengkritik tapi pandai memberi konklusi.

Manusia tidak dapat bangkit dari kegagalan kalau ia cepat menyalahkan takdir.

Apa yang terbaik untuk seorang hamba itu ialah mengubah dirinya daripada jahil disamping dapat mengubah masyarakat sekitarnya.

Hargailah masa silammu untuk kehidupan akan datang.

Usaha tanpa cita-cita pasti sia-sia,usaha tanpa tawakkal pasti kecewa.

Masalah sentiasa datang kepada kita,tapi yang penting bagaimana kita mengurus masalah.

Kasih itu lebih penting dari emas dan permata,
Jangan biarkan diriku dilukai dan dikasihi lagi,
Jadilah kita generasi sahabat kerana generasi tersebut merupakan sebaik-baik generasi.
Jadilah kita pengubah masyarakat,bukan perosak kepada masyarakat.

Iman syafie pernah berkata :

Sesiapa yang mempelajari quran,besar harga dirinya.
Siapa yang mempelajari hadis,tinggi martabatnya.
Siapa yang mempelajari bahasa,lembut hatinya.
Siapa yang mempelajari ilmu hisab,tajam pandangannya,dan siapa yang tidak memelihara dirinya,tidak bererti ilmunya. (14/10/2012-AHAD)