Cinta tidak mengenal usia , pangkat , darjat dan taraf hidup
. Akan tetapi cinta itu lahir dari hati yang tulus dan suci . Tidak mustahil
cinta itu akan datang kepada sesiapa yg ia kehendaki di dunia ini . Cinta tulus
suci akan terbina kepada hambanya yg benar-benar inginkan cinta itu . Lantaran itu cinta bukan
suatu benda yang main-main dan boleh dipermainkan . Apa yang penting hati itu
mesti mendambakan kasih sayang . Cinta juga dapat menjadi penyejuk kepada seseorang
takkala dirunding masalah . Dia pasti membawa sinar harapan takkala kita sedih ,
kecewa , ketawa dan menangis . Dikala dirunding masalah , takkala manusia
membenci dan menghina , dia pasti tidak jemu memberi kekuatan dan sinar
ketelusan dalam menempuh ranjau kehidupan yang penuh duri dan liku . Ingatkan
cinta ini tidak dapat dibeli mahupun dijual sebegitu sahaja . Kerana cinta itu
mengajar erti persahabatan , perkongsian , perjalanan hidup dan cinta itu
membawa kepada syurgamu . Bukan sekali ku pohon cinta , bukan sepuluh kali ku
pohonnya , malah lebih daripada itu kerana engkaulah cinta yang ku cari .
Cinta
membuatkanku semakin hari semakin tertanya-tanya akan adakah ini cinta sebenar yang kucari . Mungkin benar mungkin salah . Ku
runsing dan ku pening memikirkan adakah ini benar dan betul? . Mungkin cinta
itu sukar dicari namun percayalah cinta itu membawa kita dekat dengannya . Ku
rindu cintamu dalam mimpiku walaupun ku tahu cinta itu tak biasa ku genggam , namun
ku berusaha dan terus berusaha menjadi hambamu
yang benar-benar berusaha ingin mendapatkan
cintamu . Cinta itu akan datang suatu hari nanti . Masihkah kau ingat takkala
engkau pening , sakit , putus asa dan kecewa . Ketika itu juga cinta datang
memberi motivasi dan azimat supaya kau bangkit dan berdiri semula . Cinta
mengajar erti sebuah kehidupan , yang harus kau tempuhi supaya cinta ini
memancar dan menghiasi hidup ini . Masalah peribadi , keluarga , masyakat tidak
pernah selesai , akan tetapi yakinlah cinta itu pasti membuahkan jalan
penyelesaian . Cinta itu pasti mengerti sepanjang waktu tidak kira siang , malam
, pagi dan petang . Lantaran itu cinta merupakan sesuatu yang penting dalam
melayari bahtera kehidupan. Itulah cinta allah kepada kita . Sedangkan kita
asyik leka dan lalai bahawa allah cinta kita lebih daripada cinta orang lain
untuk kita . Berusaha mengaut cinta yang allah kurniakan kepada kita walau
dimana kita berada .
Cintakan insan pasti binasa cintakan allah pasti bahagia
dunia dan akhirat . mungkin dibenak fikiran kita mengatakan pasti cinta itu
layak diberikan kepada ibu bapa kita , kekasih dan harta kekayaan kita . Namun
yakinlah cinta allah pasti tidak pernah berpisah dengan hambanya . Sedikit
coretan hati untuk semua...ambillah kunci cinta allah supaya kita dipimpin dan
terus melalui jalan yang lurus . Tidak ketinggalan bahawa manusia boleh
membentuk dirinya menjadi insan yg diredhai allah walaupun hari ini kita banyak
lalai daripada jalan yang lurus , namun pasti esok hari yakinlah cinta itu
pasti datang . Asalkan jiwa kita ingin mengait buah cinta yang berada di dalam
syurga firdausi yang penuh nikmat dan rahmat...pilihlah syurga pasti hidupmu
bahagia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan