Hukum menggunakan bekas yang dibuat dari emas dan perak
-Haram menggunakan bekas emas dan perak kecuali pada keadaan
yang darurat .
Hadis :
Daripada huzaifah bin yaman r.a berkata : aku mendengar
rasulullah saw bersabda : janganlah kamu memakai sutera dan dibaj(sejenis
pakaian berharga daripada sutera),dan jangan lah kamu minum pada bekas emas dan
perak dan jangan lah kamu makan pada talamnya,sesungguhnya untuk mereka di
dunia dan untuk kita pada hari akhirat.
Hukum menggunakan bekas yang bercampur/ditampal dengan emas
dan perak.
-Haram menggunakan bekas yang ditampal dengan emas secara
mutlak samaada sedikit ataupun banyak.
-Adapun ditampal dengan perak :
i-jika tampalannya sedikit dan bukan untuk perhiasan(harus)
ii-jika tampalannya banyak
dan untuk tujuan perhiasan(haram)
iii-jika tampalannya banyak untuk kegunaan atau sedikit
untuk hiasan(makruh)
Hadis :
Daripada asim ahwal berkata : aku lihat bekas nabi saw di
sisi anas bin malik.sesungguhnya bekas tersebut pecah maka ditampal dengan
perak,berkata anas : sesungguhnya aku memberikan nabi minum pada bekas ini
lebih dari sekian…sekian.
Hukum menggunakan bekas daripada bahan bernilai.
-Harus menggunakan bekas daripada bahan berharga kerana
tidak ada dalil pengharamannya.
Hukum menggunakan bekas orang kafir
-Harus menggunakan bekas ini.
-Hadis :
Daripada abi saklabah r.a sesungguhnya nabi saw
bersabda : maka basuhlah dan makan lah dengannya.
14/11/2012
hayyu dhubat,
Jordan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan