Sabtu, 10 November 2012

Kenapa perlu solat



Lima sebab kenapa kita kena mengerjakan solat lima waktu sehari semalam :


1.Menghubungkan hamba dengan allah swt : Dengan cara solat dapat menghubungkan hamba dengan tuahnnya secara online dan terus . Dengan ini dapat melahirkan rasa syukur hamba terhadap penciptanya . Manusia juga berhajat kepada allah swt untuk kebahagiaan dunia dan akhirat .

2.Maslahat umat islam itu sendiri : Orang bukan islam akan kagum dengan ketaaatan dan kepatuhan umat islam menunaikan solat seterusnya membuka ruang untuk mengkaji dan mendekati islam . Jika umat islam sendiri melupakan soalt fardhu nescaya ia merupakan satu fitnah kepada umat islam sendiri lantas memberi imej buruk terhadap islam .

3.Mengejar syurga : Syurga ialah tempat balasan kepada manusia yg mematuhi arahan allah swt semasa berada di muka bumi allah swt . Syurga dikurniakan kepada orang islam sahaja dan neraka untuk orang kafir .

4.Perintah allah swt : Allah swt memberi ganjaran kepada hambanya yg mendirikan solat . Lebih-lebih lagi yang melakukan solat berjemaah . Indahnya islam sehinggakan setiap perbuatan yang baik akan diberi balasan setimpal dengan apa yang dilakukan .

5.Tiang agama : Merupakan tiang agama islam . Siapa yang meninggalkan solat nescaya ia merobohkan agamanya sendiri . Adakah kita sanggup merobohkan agama kita sendiri sedangkan orang lain bangga dengan agama yang dianutinya .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan