Jumaat, 9 November 2012

Rukun iman dan islam


Rukun iman dan islam

#Rukun iman :

1-Beriman kepada allah swt.
Beriktiqad bahawa allah swt itu ada , samaada dari segi perbuatan mahupun percakapan.

2-Beriman kepada malaikat.
Malaikat dijadikan daripada cahaya . Malaikat terhindar daripada  melakukan dosa . Mempunyai dua ,tiga dan empat sayap . Malaikat juga mampu menyerupai manusia . Antara tugas malaikat ialah memohon kemaafan kepada orang islam dan mendoakan mereka , mengelilingi kaabah , mencatat amalan manusia , menurunkan kitab samawi(al-quran,taurat,zabur,injil) , mencabut nyawa  , menjaga neraka dan syurga dan merupakan makhluk allah yang paling taat .

3-Beriman kepada kitab.
Kita wajib beriman dengan al-quran kerana ia merupakan sumber utama rujukan islam . Al-quran juga diturunkan oleh allah swt kepada manusia untuk dijadikan panduan hidup .

4-Beriman kepada nabi Muhammad saw.
Merupakan nabi yang paling akhir . Tidak ada nabi selepas nabi Muhammad saw .

5-Beriman kepada hari kiamat.
Hari kiamat pasti terjadi . Akan tetapi allah swt merahsiakan bila terjadinya hari yang dahsyat itu . pada hari itu pintu taubat sudah tertutup untuk manusia memohon ampun dengan allah .

6-Beriman kepada qada` dan qadar.

#Rukun islam :

1-Mengucap dua kalimah sahadah.

2-Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

3-Berpuasa di bulan ramadhan.

4-Mengeluarkan zakat.

5-Menunaikan haji di baitullah bagi sesiapa yang mampu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan