Rukun solat
1) Niat .
|
8) Duduk
diantara dua sujud dan toma`ninah .
|
2) Takbirratul
ihram .
|
9) Duduk tahiyat
akhir .
|
3) Berdiri bagi
siapa yang mampu .
|
10) Bacaan
tahiyat akhir .
|
4) Baca
al-fatihah .
|
11)
Selawat keatas nabi .
|
5) Rukuk
berserta toma`ninah .
|
12) Salam
pertama .
|
6) Iktidal
daripada rukuk dengan tomaninah .
|
13) Tertib .
|
7) Sujud dan
toma`ninah .
|
Sunat-sunat solat
#Sunat solat terbahagi
kepada tiga bahagian :
1-Sunat sebelum solat :
i. Azan.
ii. Iqamah.
iii.meletakkan sesuatu di
hadapan tempat sujud.
2- Sunat semasa solat terbahagi kepada
dua . Sunat ab`ah dan hai`ah . Sunat ab`ad dituntut untuk menampal dengan
sujud sahwi jika meninggalkannya . Manakala sunat hai`ah tidak
dituntut untuk menampalkannya dengan sujud sahwi . Antaranya ialah :
a) Sunat ab`ah :
- Duduk bagi tasyahhud
awal .
-Bacaan tasyahhud awal .
- Selawat keatas nabi
selepas tasyahhud awal .
- Selawat keatas nabi
selepas tasyahhud akhir .
-Berdiri bagi membaca
qunut .
- Membaca Qunut .
-Selawat keatas keluarga
nabi selepas qunut .
-Selawat keatas keluarga
nabi selepas tasyahhud akhir .
b) Sunat hai`ah :
- Mengangkat tangan
semasa takhbirratul ihram , ketika rukuk dan bangkit daripadanya .
- Letak tangan kanan
diatas tangan kiri ketika berdiri .
- Lihat pada tempat sujud
.
-Membaca doa iftitah
selepas takbiratul ihram .
-Membaca istiazah selepas
doa iftitah .
-Membaca dengan kuat dan
perlahan di tempat2 tertentu .
Contohnya : Sunat baca
kuat pada solat subuh , dua rakaat pertama pada solat maghrib dan isya` , solat
jumaat , solat hari raya , solat gerhana bulan , solat minta hujan , tarawih
dan witir pada bulan ramadhan . Disunat bagi iman atau solat sendirian .
Contohnya : Sunat baca
perlahan pada solat zohor , asar dan selain daripada di atas .
-Menyebut amin ketika
selesai al-fatihah .
-Membaca surah ataupun
ayat daripada al-quran selepas bacaan al-fatihah .
-Mengucap takbir ketika
berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain .
-Membaca tasbih ketika
rukuk dan sujud .
-Meletakkan dua tangan di
atas peha ketika duduk tahiyat awal dan akhir .
-Membaca selawat
ibrahimiyah dan doa selepas tahiyat akhir .
-Memberi salam yang kedua
(sebelah kiri) .
3.Sunat selepas solat :
i.Menyapu kepala dengan
tangan .
ii.Istighfar , zikir dan
doa .
iii.Berpindah tempat dari
tempat sembahyang fardhu ketika hendak menunaikan sembahyang sunat .
iv.Apabila golongan lelaki
solat di masjid dan di belakang mereka terdapat golongan wanita , maka
disunatkan kepada golongan lelaki agar tetap duduk di tempat mereka sehinggalah
golongan wanita meninggalkan tempat solatnya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan