Biodata


Nama diberi Abdul Rahman Hassan bin Aziz . Merupakan anak pertama daripada tujuh adik beradik . Dilahirkan di Kuala Terengganu , Malaysia . Lahir pada tanggal 08 Januari 1992 .Merupakan anak kepada pasangan Ust Aziz bin Muda dan Farida Chen binti Abdullah . Mendapat pendidikan awal di Tadika Perpaduan Lorong Haji Da , Batu Buruk . Seterusnya melangkah ke alam sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Budiman , Kuala Terengganu (Darjah 1-4) . Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Putera Jaya , Setiu Terengganu (Darjah 4-6) . Kemudian meneruskan pendidikan ke SMA Sultan Zainal Abidin Ladang , Kuala Terengganu (Tingkatan 1-3) . Seterusnya berjaya memasuki SMA(atas)Sultan Zainal Abidin , Kuala Terengganu (Tingkatan 4-STAM) atau lebih dikenali sebagai [sma(a)sza] . Sekolah ini juga merupakan sekolah berasrama penuh dan sekarang bergelar sekolah klaster .  Menetap di Kampung Lorong Haji Da , Batu Buruk , Kuala Terengganu . Dan sekarang merupakan mahasiswa Jurusan Fiqh wal usul(Syariah) di  University Al-Bayt , Jordan .