Takrif solat dari segi bahasa dan istilah :
Dari segi bahasa : Doa .
Dari segi istilah :
Segala perkataan dan perbuatan yang tertentu yang dimulai dengan takbirratul
ihram dan diakhiri dengan salam .
Syarat wajib solat :
1-Islam : Tidak wajib
solat keatas orang orang kafir .
2-Baligh : Tidak wajib
solat keatas budak kecil ataupun orang yang belum mencapai umur baligh .
3-Berakal : Tidak
disyariatkan kepada orang yang gila atau terencat akal untuk mengerjakan solat
.
4-Suci : Tidak
wajib bagi orang haid dan nifas .
Syarat sah solat :
1- Suci daripada hadas
kecil dan besar . Suci terbahagi kepada empat bahagian :
i . Suci tubuh badan
daripada hadas kecil dan besar . Tidak diterima solat tanpa wudhuk ataupun
berada dalam keadaan hadas .
ii . Suci badan daripada
najis .
iii . Suci pakaian
daripada najis .
iv . Suci tempat
solat ataupun sujud daripada najis .
2- Tahu dengan yakin
bahawa sudah masuk waktu solat .
3- Menutup aurat . Aurat
ialah setiap apa yang wajib ditutup ataupun haram melihatnya . Sempadan aurat
lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut . Bagi wanita pula ialah semua badan
kecuali tangan dan muka . Apabila seorang lelaki atau wanita
membuka aurat ketika solat , maka terbatallah solatnya .
4- Menghadap kiblat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan