Setelah beberapa
hari berlalu , rasanya begitu cepat dan pantas mengenangkan masa yang sudah
berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan aktiviti berfaedah . Di kesempatan ini
belum terlambat untuk kita sama-sama memperbaiki dan mengejar masa supaya kita
tidak lagi ketinggalan jauh di belakang . Hargailah ia sebagaimana kamu
menghargai diri kamu . Dalam kesibukan dunia , kita asyik mengorak langkah
mengatur strategi untuk mendapatkan habuan dunia , namun kita tidak mengatur
langkah untuk mendapatkan redha allah swt kepada kita .
Allah swt
memberikan kita waktu sehari semalam , sama rata kepada semua manusia . Akan
tetapi kenapa kita belum pernah menggunakan segala waktu yang kita ada untuk
diisi dengan aktiviti yang berfaedah . Jadikanlah waktu yang kamu ada sekarang
untuk mengumpul sebanyak mungkin kekayaan dunia dan akhirat . Ingatlah hari ini
tidak akan kembali mengulangi hari kelmarin , begitu juga tindakan kita yang
lepas pasti berlalu hilang . Lakukanlah kebaikan pada hari ini sebelum kita
tidak terdaya melakukannya lagi . Sebagai contohnya , lakukanlah solat
berjemaah di masid pada usia muda sebelum datang usia tua yang menyakitkan .
Masa tu…. Lutut dah berketar , mata dah kabul , tak terdaya boleh
dikatakan….kalau dah tahu umur kita semakin hari semakin tua…carilah bekalan
dunia dan akhirat.
Firman allah swt dalam
al-quran :
1.Demi
masa,2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,3.Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dan berwasiat(berpesan-pesan)dengan kebenaran dan
berpesan-pesan dengan kesabaran.(al-asr : ayat 1-3)
Jika kita
mampu bangun malam semata-mata tengok bola , kenapa kita tidak berfikir untuk
bangkit daripada tidur untuk melakukan solat malam . Banyak kelebihan dan
kekuatan yang pasti dikurniakan oleh allah swt kepada hambanya jika
beristiqomah mengerjakannya . Tidak pernah kita fikir akan mengutamakan ibubapa
berbanding kawan-kawan kita . Apabila tiba hari lahir kawan kita . Kita
cepat-cepat memberikan hadiah , namun kita tidak terlintas hendak mengucapkan
hari lahir kepada kedua orang tua kita . Mereka menjaga , membelai dan mengusap
kita daripada kecil sehingga sekarang . Kita selalu kata kita sukar menggenggam
kejayaan , namun kita lupa sebanyak mana kita memohon doa kepada yang maha esa
. Cuba kita fikirkan adakah 10 kali,20 kali,100 kali ????belum cukup wahai
saudaraku . Insyaallah tiba suatu hari pasti allah swt memakbulkannya .
Kita hidup kerana allah dan kita mati kerana allah . Ini kerana kita hamba
kepada pencipta.
Firman allah swt dalam
al-quran :
162.Katakanlah :
Sesungguhnya sembahyangku , ibadahku , hidupku dan matiku , semuanya bagi allah
swt , tuhan semesta alam . (al-an`aam : ayat 162)
Begitu
juga , orang yang hebat pasti sukar untuk mengalah . Dia akan pastikan dirinya
bangkit kembali kerana dia yakin semua orang pasti berada di atas dan dibawah .
Oleh itu , berusaha untuk mendapatkannya tanpa berputus asa . Namun , manusia
yang lemah semakin kecewa dan beranggapan buruk bahawa diri ini sukar diubah ,
sukar yakin untuk mengulanginya kembali . Jadilah seperti roda kereta yang
sentiasa setia kepada tuanya selagi hayat dikandung badan.
Sebelum saya
mengundurkan diri , sama-samalah kita saling mengingati antara satu sama
lain . Sesungguhnya setiap manusia pasti melakukan kesilapan . Oleh itu ,
tegurlah saudaramu jika kamu melihat dia melakukan kesalapan . Hadis nabi
ada menyebut : Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat(perkataan) . Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan