Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai pasangan hidup amat
penting dalam sesebuah organisasi kekeluargaan . Hal ini kerana keluarga
merupakan tunggak puncak tarbiah sesebuah Negara . Penentu samaada Negara itu
baik atau sebaliknya . Inilah peranan yang dibawa oleh sesebuah institusi
kekeluargaan . Oleh itu , nabi saw ada meriwayatkan hadis untuk panduan umatnya
dalam memilih pasangan hidup agar berkekalan sehingga akhir hayat dan dapat
melahirkan insan yang berintegriti tinggi .
Dari abi hurairah r.a dari nabi saw bersabda : Dinikahi perempuan
kerana empat perkara , kerana hartanya , kerana keturunannya , kerana kecantikannya
, dan kerana agamanya , maka pilihlah yang memiliki agama dan tiada yang lebih
penting daripadanya(agama) . (muttafaqun alaih)
Maksudnya : Sesungguhnya adat kebiasaan orang memilih
perempuan ialah empat perkara , maka pilihlah kamu yang memiliki agama , maka
pilihlah ia , dan lihatlah kawan-kawannya (percakapan , perwatakan , dan
perbuatan) .
Dalam hadis diatas menunjukkan bahawa pegangan agama amat
dititikberatkan dalam memilih pasangan hidup . Walaupun faktor lain juga
memainkan peranan yang penting dalam kebahagiaan rumah tangga seperti kekayaan ,
keturunan dan kecantikan .
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan