Ramai
manusia sering kali diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah hidup . Namun
manusia sering kali sukar untuk menerima takdir dan hakikat yang berlaku .
Sehinggakan asyik mengalah dan mengatakan kesalahan orang lain penyebab dalam
sebuah kegagalan . Memang sukar menerima takdir yang kita tidak
sangka-sangkakan . Bagaimana allah swt akan menguji manusia sebagaimana
firmannya :
31.Dan sungguh , kami benar-benar akan menguji kamu sehingga
kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara
kamu , dan akan kami uji perihal kamu . (Muhammad : 31)
Begitu juga , manusia sanggup menangis kerana gagal namun ramai mana manusia
yang menangis kerana melakukan maksiat . Persoalannya apakah kita yang berkuasa
menentukan segala-galanya . Akan tetapi manusia lupa apa yang telah allah swt
kurniakan kepadanya selama ini walaupun hanya sekeping roti yang tiada nilai di
sisi masyarakat . Sehinggakan sesetengah manusia sanggup membuang dan
melemparkannya begitu sahaja tanpa berfikir panjang . Alangkah rugi dan
malangnya manusia mengharapkan kemewahan dan kejayaan di dunia sehinggakan dia
lupa kepada allah swt . Mungkin ramai manusia boleh bercakap dan beranggapan
bahawa orang yang bercakap itu lebih senang dan lancar untuk mengatakan sabar
dan relaks . Akan tetapi kita buat tidak endah sahaja . Hal ini kerana kamu
boleh cakap yang demikian sebab kamu sudah lulus . Tapi jika kita fikir dan
imbas kembali dosa kita kepada allah swt memang tidak terkira banyaknya .
Bolehjadi apa yang sahabat kita beritahu itu adalah betul kerana apabila kita
marah dan asyik menyalahkan takdir membuatkan diri kita lemah dan tak terdaya .
Kejayaan dan kegagalan itu milik allah swt . Hanya allah swt mampu menolong
hambanya dikala hambanya putus semangat , hilang selera makan dan sebagainya .
Tetapi adakah kita terfikir untuk memohon dan mengadu kepada yang maha esa .
Bolehjadi allah swt menangguhkan dahulu kejayaan kita buat masa ini untuk
kejayaan kita pada masa akan datang . Alangkah indahnya kita apabila hidup
berdamping dan bergantung kepada allah swt .
Firman allah
swt dalam al-quran :
28.(Yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat
allah . Ingatlah , hanya dengan mengingati allah hati menjadi tenteram.(Ar-ra`d
: 28).
Lihatlah air yang sentiasa mencari
jalan untuk mengalir bukan hanya mencari alasan dan kesalahan orang lain untuk
dipersalahkan . Namun begitu kita disarankan
berusaha dan terus maju untuk mendapatkan apa yang kita inginkan . Carilah
wasilah(jalan) untuk memperolehinya . Nescaya pintu rahmat dan pertolongan
allah swt amat berguna kepada orang yang ingin berubah daripada gagal kepada
kejayaan . Walaupun kita sering kali tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku
, namun kita mesti ingat kekuatan luar biasa pasti datang daripada allah swt .
Oleh itu ayuh temanku… bangkit daripada tidur dan mimpi untuk mengubah hidup
ini supaya hari ini menjadi lebih baik dari semalam . Walaupun ujian seperit
mana , kita harus tanganinya…telanlah ia…bimbinglah ia supaya kita lebih
terkehadapan pada masa akan datang . Masalah kekecewaan dan kelemahan pasti
mengundang padah kepada manusia yang lemah . Akan tetapi manusia yang kuat akan
tetap bangkit berdiri membina empayarnya sendiri untuk memajukan agama , bangsa
dan negara . Kecewa dan rasa bersalah pada diri kadangkalanya membawa kelemahan
dan kehinaan seperti bunuh diri , mogok lapar dan sebagainya . Hal ini amat membimbangkan
kerana manusia sanggup mengorbankan nyawa kerana masalah kecil . Cuba kita
fikir???adakah kejayaan kita buat masa ini menjamin kita berjaya pada masa akan
datang?belum tentu . Begitu juga dengan masalah cinta?ramai anak muda dan
remaja mensia-siakan hidupnya dengan membunuh diri akibat kecewa .
Persoalannya?adakah islam menyuruh hambanya melakukan hal yang demikian . Islam
menggesa umatnya supaya tabah dan sabar menghadapi liku-liku dan ranjau hidup
ini . Bukan semua manusia yang
dapat merasai kegagalan dan bukan semua manusia merasai nikmat kesenangan . Oleh itu , kita perlu bersyukur
diatas kurniaannya yang menjadikan sesuatu keputusan . Ada hikmahnya allah swt
menguji kita sedemikian rupa . Apa yang penting belajar dari kesilapan untuk
mencorakkan masa hadapan yang lebih gemilang dan terbilang . Allah swt akan
menguji hambanya untuk melihat sejauh mana keimanan kepadanya .
Firman allah
swt dalam kalamnya :
2.Apakah
manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,kami
telah beriman dan mereka tidak diuji?.(Al-ankabut : 2).
Apa yang penting ialah yakin dan percaya ketenangan dan kekuatan itu milik
allah swt bukan milik kita ataupun milik manusia lain . Oleh itu , jadilah
allah penolong dan tempat mengadu yang sebaik-baiknya . Sebagaimana firman
allah swt dalam al-quran yang mulia :
4.Dialah yang
telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah
keimanan atas keimanan mereka yang telah ada . Dan milik allahlah bala tentera
langit dan bumi(1) , dan allah maha mengetahui , maha
bijaksana .
(1)Penolong yang dijadikan allah untuk orang-orang mukmin
seperti malaikat,haiwan,angin taufan dan sebagainya.(Al-fath : 4).
Akhir kalam , sama-samalah kita menginsafi diri yang kerdil ini untuk
mengangkat tangan memohon ampun dan doa supaya dipermudahkan urusan dan diberi
ketabahan serta kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang masih jauh dan berliku
. Maka pilihlah jalan yang lurus supaya bahagia dunia dan akhirat . Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan