Jumaat, 27 Julai 2012

SEKILAS PANDANG MENGENAI PUASA RAMADHAN




Seruan mengerjakan puasa :

“Wahai orang yang beriman , diwajibkan keatas kamu semua berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas golongan yang terdahulu , mudah-mudahan kamu semua bertakwa” .  (Al-Baqarah : 183).

1-Hukum puasa ramadhan –hukumnya wajib berdasarkan nas-nas dari al-quran , sunnah dan ijmak .

2-Siapa yang wajib berpuasa?-muslim , berakal , baligh , sihat dan mampu berpuasa , menetap bukan musafir , suci dari haid dan nifas untuk wanita .

3-Rukun puasa-niat , menahan diri dari segala yang membatalkan puasa , semenjak terbit fajar sehingga terbenam matahari .

4-Perkara yang membatalkan puasa-makan dan minum dengan sengaja , muntah dengan sengaja , keluar darah haid dan nifas , mengeluarkan mani , memasukkan bahan bukan makanan ke dalam perut melalui jalan biasa , niat berbuka , bersetubuh .

5-Amalan sunnah berkaitan puasa ramadhan-bersahur , melambatkan sahur , menyegerakan berbuka puasa , berbuka dengan tamar atau air , memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa , berdoa ketika berpuasa dan sejurus selepas berbuka puasa , solat sunat malam , menjauhi perkara terlarang , menggosok gigi , murah hati untuk sedekah , mempelajari dan mentadabbur al-quran , perbanyakkan amalan pada 10 hari terakhir , berikhikaf dalam masjid , berusaha untuk mendapatkan lailatul qadar . Wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan