Allah swt telah mengurniakan kepada kita lidah
dan mulut yang elok lagi enak dengan kata-kata . Sedangkan terdapat segelintir
manusia di luar sana yang kurang elok daripada kita . Namun kita sering
menggunakan apa yang kita ada untuk keseronokan dunia yang sementara . Bukankah
kita yakin bahawa dunia hanya sementara . Orang ramai menyangka orang yang
hebat dan terbaik ialah orang yang dapat mengejutkan orang ramai dan mempunyai
harta yang bertimbung setinggi gunung . Akan tetapi hakikatnya sukar
ditafsirkan mengikut kaca mata islam . Belum tentu kita bahagia walaupun
mempunyai wang yang banyak . Lantaran itu , allah swt telah meletakkan garis
panduan kepada muslimin dan muslimah supaya perbanyakkan mengingati allah swt .
Setiap ruang lingkup yang kosong dalam kehidupan , kita seringkali isi dengan
bergurau senda , bercakap kosong , caci mencaci dan umpat mengumpat antara
sesama kita . Tapi kita sering lupa natijahnya pasti mengundang kemurkaan
daripada allah swt .
Sepasang kekasih menghadiahkan kepada
kekasihnya sebuah hadiah yang diisi di dalamnya stokin yang busuk dan kotor .
Nescaya kekasih tersebut pasti kecewa kerana dia pasti mengharapkan sebutir
mutiara yang bernilai , akan tetapi sebaliknya yang berlaku . Begitu juga allah
swt pasti marah kepada hambanya jika menggunakan nikmat mulut untuk mengumpat ,
mencaci , menghina kepada manusia lain . Lebih-lebih lagi mencaci sesama kita
sendiri . Kita bimbang dan khuatir pada hari ini , kita sering mengumpat sesama
kita . Apa tidaknya kerana kunci permusuhan dan perbalahan ialah bermula
daripada mengumpat dan menuduh sesama muslim . Kita juga bimbang jika allah swt
tidak menerima amalan kita disebabkan kita mengumpat .
Masa bergerak dengan pantas bagai air terjun yang jatuh dari
tempat tinggi . Bangun tidur , bangun tidur kematian semakin hampir menemui
kita . Perlu diigatkan di sini….ramai manusia yang belajar ilmu agama namun
tidak luput pada pandangan mereka mengumpat dan mencaci sesama mukmin . Kita
khuatir ibadah yang mereka lakukan tidak diterima dan tertahan disebabkan dosa
mengumpat dan mencaci tadi . Bolehjadi kita rasa suka dan gembira kerana dapat
menjatuhkan maruah seseorang , namun kita lupa bahawa dosa kita pasti dihisab
di akhirat nanti . Jika kita tidak bersetuju dengan cadangan orang lain , kita
sewajarnya menegur dengan cara yang baik . Jangan asyik kita mengumpat dan
mencaci kerana pasti diri kita akan merana.
Firman allah swt dalam al-quran :
148. Allah tidak mengasihi perkataan buruk yang diucapkan
dengan terus terang , kecuali(bagi) orang yang dizalimi . Allah maha mendengar
lagi maha mengetahui .
149. Jika kamu lahirkan kebaikan atau kamu sembunyikan atau
kamu maafkan suatu kesalahan , maka sesungguhnya allah maha pemaaf lagi
maha kuasa .(surah an-nisaa : 148-149)
Oleh itu marilah kita perbanyakkan menutur
kalimah “ lailahaillawwah muhammadur rasulawwah(kalimah toyyibah)” supaya hidup
kita lebih tenang dan bahagia menempuh liku-liku kehidupan . Kita mungkin
berpendapat bahawa aku tidak mengumpat dan mencela . Namun , kita sebagai
seorang mukmin sewajarnya menegur dan menasihati sahabat kita yang terlanjur
jika kita melihat mereka melakukan kesalahan mengumpat , mencaci dan sebagainya
. Sebelum saya menutup tirai penulisan , hayatilah ayat ini sebagai renungan
kita bersama .
Firman allah swt dalam al-quran :
35. Allah (Pemberi) cahaya (kepada)
langit dan bumi . Perumpamaan cahaya Allah , adalah seperti sebuah lubang yang
tak tembus[1039], yang di dalamnya ada Pelita besar . Pelita itu di dalam kaca
(dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara , yang
dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkatinya , (yaitu) pohon zaitun yang
tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah
barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi , walaupun
tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing
kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki , dan Allah memperbuat
perumpamaan-perumpamaan bagi manusia , dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu
. (An-nur : ayat 35)
[1039] yang dimaksud lubang yang
tidak tembus (misykat) ialah suatu lobang di dinding rumah yang tidak tembus
sampai kesebelahnya, Biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang
lain.
[1040] Maksudnya: pohon zaitun
itu tumbuh di puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari
terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya
menghasilkan minyak yang baik.
Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan