…..Bismillahirahmanirrahim…..
1.Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan.
2.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3.Bacalah , dan tuhanmulah yang maha mulia.
4.Yang mengajar manusia dengan pena.
5.Dia mengajar manusia apa yang tidak
diketahuinya.(Al-Alaq : 1-5)
Jelas ayat diatas , allah swt menyuruh dan
menyeru hambanya membaca . Hal ini kerana membaca merupakan sumber pengetahuan
dan penghilang kejahilan . Membaca merupakan satu ibadah jika membaca
kerana allah swt . Niat memainkan peranan yang penting sekali . Kita
sering kali membaca doa yang berbunyi : Sesungguhnya sembahyangku ,
ibadatku , hidupku dan matiku , semuanya bagi allah , tuhan semesta alam.
(Al-An`aam : 162) . Akan
tetapi kita lupa dan alpa dengan apa yang kita lakukan sehinggakan kita lupa
apa yang diungkapkan .
Wahyu pertama diturunkan kepada nabi besar
Muhammad saw ialah membaca . Ini menunjukkan bahawa allah swt menggesa supaya
orang islam membaca . Mana mungkin seorang yang inginkan kejayaan ,tetapi
tidak membaca . Bagaimana allah swt menciptakan langit dan bumi supaya manusia
menilai dan mengambil pengajaran melalui pembacaan dan pemerhatian .
Firman allah swt dalam al-quran :
190.Sesungguhnya dalam penciptaan
langit dan bumi , dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran
allah bagi orang yang berakal.
191.(yaitu) orang-orang
yang mengingat allah sambil berdiri ,duduk atau dalam keadaan berbaring , dan
mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata , ya tuhan
kami ,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia , mahasuci engkau
,lindungilah kami dari azab neraka. (Ali-Imran : 190-191) .
Allah swt meletakkan perbezaan diantara orang
yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui . Lebih-lebih lagi mengenai
ilmu ukhrowi berbanding ilmu duniawi .
Firman allah swt dalam al-quran :
9….katakanlah , “Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui? sebenarnya hanya orang yang berakal
sihat sahaja yang dapat menerima pelajaran”.(Az-Zumar : 9).
Begitu juga ,terdapat hadis nabi swt yang
menjanjikan ganjaran dan nikmat kepada sesiapa yang menuntut ilmu . Pepatah
melayu ada mengatakan “membaca jambatan ilmu”.
Dari Muawiyah r.a katanya : Rasulullah saw bersabda :
((Barangsiapa yang allah swt mahukan kebaikan darinya nescaya dikurniakan
kepandaian(kecerdikan) di dalam agama))muttafaqun alaihi.
Apabila mati seseorang anak adam nescaya
terputus amalannya . Akan tetapi ilmu yang disampaikan kepada orang lain akan
menolongnya di akhirat kelak .
Dari Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah saw bersabda
: (( Apabila mati seorang anak adam maka terputuslah amalannya kecuali
tiga perkara : sedekah jariah ,atau ilmu yang bermanafaat padanya , atau
anak soleh yang mendoakannya ))riwayat muslim.
Lantaran itu , membacalah
selagi hayat dikandung badan kerana dengan ilmu dapat mengubah segala-galanya .Wallahhua`lam….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan