Perkataan syukur sering
disebut di bibir mulut . Tetapi sejauh mana penghayatan dan perjalanan kalimah
syukur yang kita sering ungkapkan itu . Adakah dengan hanya berkata aku sudah
bersyukur . Sedangkan cuba kita fikirkan apa yang kita telah lakukan kepada
pencipta kita iaitu allah swt . Allah swt memberikan kita makan , minum ,
kesihatan , nikmat tubuh badan dan sebagainya . Cuba kita bayangkan jika allah
swt meminta kita supaya membayar setiap nikmat yang kita gunakan seperti nikmat
tangan , mata , telinga dan sebagainya . Persoalannya adakah kita mampu
membayarnya? jawapannya sepastinya kita ketahui . Cuba kita bayangkan….jika
allah swt menyuruh kita membayar setiap sedutan udara dan oksigen , nescaya
kita tidak mampu membayarnya walaupun kita mendakwa bahawa kita mempunyai wang
yang banyak . Adakah patut kita sebagai seorang hambanya berkata sedemikian .
Sedangkan kita tahu bahawa hanya allah yang memiliki segala isi langit dan bumi
. Oleh itu , sewajarnya kita mengungkapkan kalimah syukur bukan hanya sekadar
di bibir mulut tanpa disusuli dengan perbuatan . Jika kita bersyukur nescaya
allah tambahkan lagi .
Firman allah swt dalam al-quran :
7.Dan (ingatlah) ketika tuhanmu memaklumkan , sesungguhnya jika kamu
bersyukur , nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu , tetapi jika kamu
mengingkari (nikmatku) , maka pasti azabku sangat berat .(surah Ibrahim : 7)
Zaman mutakhir ini , terdapat segelintir umat
islam yang tidak bersyukur dan akur terhadap ujian dan cubaan yang mereka
hadapi . Seringkali kita mengatakan “Kenapa aku diuji sedemikian sedangkan aku
tidak melakukan dosa?” . Perlu ditegaskan ujian yang diberikan oleh allah swt
kepada kita ialah untuk menghapuskan dosa yang telah kita lakukan selama ini .
Mana mungkin seorang manusia itu tidak pernah melakukan dosa sepanjang hidupnya
. Manusia yang lemah sepastinya asyik mengeluh tanpa berfikir bahawa ujian itu
datang daripada allah swt .
Kita seringkali berkata “Aku sudah belajar
namun kenapa aku masih tidak berjaya?”. Sedangkan orang lain belajar
biasa-biasa sahaja jauh lebih cemerlang daripadaku . Tidak dinafikan kata-kata
tersebut , namun bagi orang yang beriman pasti akan berkata bahawa setiap yang
berlaku pasti ada hikmahnya . Bolehjadi jika allah swt memberi kejayaan kepada
kita , kita akan semakin jauh daripada allah swt . Oleh itu allah swt
memberikan kegagalan supaya kita semakin mencari dan menggali dengan lebih
dalam untuk lebih mengenali pencipta . Hal yang sedemikian perlu diperbaiki
supaya kita tidak berputus asa dengan rahmat allah swt . Allah swt tidak akan
memandang berapa banyak A yang kita perolehi , tetapi allah swt akan menilai
sejauh mana keimanan kepadanya.
Orang yang sering bersyukur dengan rahmat allah
pasti mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat . Akan tetapi orang yang asyik
mengeluh dan berputus asa akan berhenti di tengah jalan sebelum sempat
menamatkan lariannya . Allah swt memberi kita nikmat kaki , namun kita sering
lupa akan nikmat tersebut kerana kita tidak pernah merasai kehilangannya .
Sepastinya orang yang tidak mempunyai kaki sahaja yang tahu akan nikmatnya
jika mempunyai kaki . Begitu juga nikmat tangan , mata dan sebaginya .
Di kesempatan ini sama-samalah kita menghitung
dan menilai sejauh mana syukur kita akan nikmat allah swt sedangkan ramai
manusia di luar sana yang dahagakan nikmat ini . Mungkin rata-rata manusia
mengatakan alangkah nikmatnya ada wang yang banyak . Namun kenikmatan yang perlu
dicapai ialah kenikmatan iman dan islam . Inilah perpezaan kita antara orang
kafir dan orang islam . Akhir kata , sama-samalah kita berubah dan menginsafi
akan nikmat yang allah swt kurniakan kepada kita . Tanamkan niat untuk berubah
sepastinya anda mampu melakukannya . wassalam…
pohon syukur itu terbina dimana akarnya 'bertindak' pohonnya 'taat' daunnya 'selawat nabi' dan buahnya 'iman'... wallahua'lam ^_^
BalasPadamTme kasih diatas perkongsian yang bermanafaat...semoga bahagia dunia akhhirat.
Padam