Sabtu, 27 Oktober 2012

Erti sebuah cinta




   Cinta tidak mengenal usia , pangkat , darjat dan taraf hidup . Akan tetapi cinta itu lahir dari hati yang tulus dan suci . Tidak mustahil cinta itu akan datang kepada sesiapa yg ia kehendaki di dunia ini . Cinta tulus suci akan terbina kepada hambanya yg benar-benar  inginkan cinta itu . Lantaran itu cinta bukan suatu benda yang main-main dan boleh dipermainkan . Apa yang penting hati itu mesti mendambakan kasih sayang . Cinta juga dapat menjadi penyejuk kepada seseorang takkala dirunding masalah . Dia pasti membawa sinar harapan takkala kita sedih , kecewa , ketawa dan menangis . Dikala dirunding masalah , takkala manusia membenci dan menghina , dia pasti tidak jemu memberi kekuatan dan sinar ketelusan dalam menempuh ranjau kehidupan yang penuh duri dan liku . Ingatkan cinta ini tidak dapat dibeli mahupun dijual sebegitu sahaja . Kerana cinta itu mengajar erti persahabatan , perkongsian , perjalanan hidup dan cinta itu membawa kepada syurgamu . Bukan sekali ku pohon cinta , bukan sepuluh kali ku pohonnya , malah lebih daripada itu kerana engkaulah cinta yang ku cari .                              

   Cinta membuatkanku semakin hari semakin tertanya-tanya  akan adakah ini cinta sebenar  yang kucari . Mungkin benar mungkin salah . Ku runsing dan ku pening memikirkan adakah ini benar dan betul? . Mungkin cinta itu sukar dicari namun percayalah cinta itu membawa kita dekat dengannya . Ku rindu cintamu dalam mimpiku walaupun ku tahu cinta itu tak biasa ku genggam , namun ku berusaha dan terus berusaha menjadi hambamu  yang benar-benar  berusaha ingin mendapatkan cintamu . Cinta itu akan datang suatu hari nanti . Masihkah kau ingat takkala engkau pening , sakit , putus asa dan kecewa . Ketika itu juga cinta datang memberi motivasi dan azimat supaya kau bangkit dan berdiri semula . Cinta mengajar erti sebuah kehidupan , yang harus kau tempuhi supaya cinta ini memancar dan menghiasi hidup ini . Masalah peribadi , keluarga , masyakat tidak pernah selesai , akan tetapi yakinlah cinta itu pasti membuahkan jalan penyelesaian . Cinta itu pasti mengerti sepanjang waktu tidak kira siang , malam , pagi dan petang . Lantaran itu cinta merupakan sesuatu yang penting dalam melayari bahtera kehidupan. Itulah cinta allah kepada kita . Sedangkan kita asyik leka dan lalai bahawa allah cinta kita lebih daripada cinta orang lain untuk kita . Berusaha mengaut cinta yang allah kurniakan kepada kita walau dimana kita berada . 

   Cintakan insan pasti binasa cintakan allah pasti bahagia dunia dan akhirat . mungkin dibenak fikiran kita mengatakan pasti cinta itu layak diberikan kepada ibu bapa kita , kekasih dan harta kekayaan kita . Namun yakinlah cinta allah pasti tidak pernah berpisah dengan hambanya . Sedikit coretan hati untuk semua...ambillah kunci cinta allah supaya kita dipimpin dan terus melalui jalan yang lurus . Tidak ketinggalan bahawa manusia boleh membentuk dirinya menjadi insan yg diredhai allah walaupun hari ini kita banyak lalai daripada jalan yang lurus , namun pasti esok hari yakinlah cinta itu pasti datang . Asalkan jiwa kita ingin mengait buah cinta yang berada di dalam syurga firdausi yang penuh nikmat dan rahmat...pilihlah syurga pasti hidupmu bahagia .