بسم
اللله الرحمن الرحيم
“Ya
allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”
Mujamma` Quraish |
49.Apabila datang ajal mereka maka tidak terlambat
mereka sesaat pun dan tidak pula dipercepatkan . (Yunus : 49)
Tidak digelar
persinggahan jika kita asyik menghabiskan waktu begitu sahaja . Jika kita gagal
lakukan semua usah kita rebah dan mengalah untuk lakukannya walaupun sedikit
dan tidak dinilai di mata masyarakat . Kita membawa harapan masyarakat , sanak
saudara , guru-guru dan ibu bapa . Mereka tidak mengharapkan balasan kita namun
mereka harapkan kita dapat menyumbangkan sesuatu untuk mereka .
Berhampiran sakan shabab lama |
Sejarah semalam
Allah berikan kita
ruang dan peluang untuk kita buktikan yang kita istimewa daripada orang lain
kerana kita dapat melanjutkan pelajaran ke bumi ambiya . Sedangkan ada lagi
kawan kita yang tidak dapat mengikuti jejak langkah kita . Mereka mengalami
masalah untuk belajar termasuklah masalah keluarga , kewangan dan sebagainya .
Namun kita mampu bertahan sehingga kini . Allah anugerahkan kita nikmat . Tapi
kita lupa nikmat itu suatu pinjaman . Kita datang dengan semangat
berkobar-kobar dengan berbekalkan duit daripada pihak kerajaaan mahupun
persendirian untuk menuntut ilmu . Tapi kita leka dengan permainan dunia
sehinggakan kita lalai daripada tujuan kita datang . Prinsip hidup tidak boleh
digadai walau dimana kita diberada . Usah bimbang dengan takdir kerana kita
mampu mengubah waktu silam yang gelap kepada cahaya ilahi dengan izin allah swt
. Jangan kita ungkit perkara lepas , tapi kita ubah diwaktu akan datang . Usah
luntur dengan kemewahan walaupun kita rasa kita mempunyai wang yang lebih
berbanding orang lain . Kita datang dari jauh berbekalkan sedikit ilmu . Biar
kita pulang kita menjadi penyeri di mata masyarakat . Kitalah pencetus
kedamaian untuk masyarakat bukan pencetus kekecohan dalam masyarakat . Kita
belajar dan sekarang kita sedang belajar dan akan datang kita juga akan terus belajar
. Kita pernah diuji dengan kegagalan . Kita asyik salahkan takdir . Tapi kita
lupa akan dosa yang kita lakukan . Mungkin itu satu wasilah terbaik kepada kita
supaya kita kembali kepada ilahi . Firman allah swt dalam kalamnya :
17.Dan jika allah menimpakan kemudaratan kepada kamu ,
maka tiada yang akan menghilangkannya , melainkan dia sendiri(Allah) , dan jika
dia mendatangkan kebaikan kepada kamu ,
maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Al-An`am : 17) .
Ibu bapa kita
bertungkus lumus mengumpul wang untuk kita belajar . Mereka usahakan tiket ke Jordan
. Mungkin duit itu mereka simpan untuk menunaikan haji . Tetapi mereka korbankan
kerana mereka tahu anak-anak lagi memerlukan walaupun hati mereka sedih dan
pedih . Mereka tidak pernah memberitahu kita . Percayalah hidup ini tidak
semudah apa yang kita bayangkan . Pengorbanan mereka untuk kita pasti tidak
dapat dinilai . Kita dihidupkan diatas muka bumi dalam keadaan senang . Sebab
itulah kita lupa sejarah silam . Begitu juga jadilah kita mahasiswa generasi
kelas pertama bermodalkan insan terdidik supaya kita bangkit selari dengan era
globalisasi . Kita sewajarnya peka dengan keadaan negara kita kerana kita juga
darah daging malaysia walaupun kita jauh daripada negara sendiri . Kecaknaan
terhadap isu semasa yang berlaku membuatkan kita mampu duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan orang lain . Ingat pesanan ibu bapa kita . Pesanan
mereka takkala kita akan berangkat ke bumi ambiya suatu ketika dahulu .
Tambahan lagi , ada
yang sukar untuk melepaskan anaknya kerana itulah satu-satunya anak mereka . Ada
yang menangis kerana mungkin itulah saat terakhir mereka dapat melihat kita .
Begitu juga kita sebaliknya . Ada yang sebak kerana mereka tidak mahu kita
berjauhan dengan mereka . Ada yang biasa kerana mereka bangga kita dapat menyambung
pelajaran ke oversea . Saat kita hendak meninggalkan mereka kita berazam untuk
membalas jasa baik mereka selama ini . Namun sekarang kita lupa apa yang kita
azamkan . Cuba kita imbas kembali mengenangkan detik itu kerana kadang-kadang
pengalaman silam akan membina semangat kita untuk terus bangkit daripada tidur
yang lena selama ini .
Hadapan sakan syabab lama |
Perjuangan bakal diteruskan
Dalam mencapai dan
mengejar impian . Akhirnya kita sampai juga di bumi ambiya untuk mencari
mutiara yang kian pudar . Dengan harapan kita dapat menghilangkan kejahilan
diri dan mengubah masyarakat . Bukan kita persiakan mereka . Dalam mengejar
kekuatan ummah , kita mestilah berlandaskan kepada ketauhidan kepada allah swt .
Allah uji kita dengan pelbagai cubaan dan dugaan . Kadang-kadang kita rasa
sukar dan berat untuk menerimanya . Tapi ia akan dibayar dan dibalas diatas apa
yang kita lakukan . Setiap titik peluh untuk menuntut ilmu akan dinilai dan
merapatkan lagi kita langkah demi langkah , jarak demi jarak kepada pencipta
kita . Usah bimbang , usah ragu dengan ujian . Kerana kita pasti ada pelangi
yang menerangi siang takkala hujan renyai-renyai . Kerana nur allah akan datang
kepada siapa yang mencarinya . Apa yang penting dalam menuntut ilmu ialah niat
kita belajar kerana apa???untuk siapa??? . Sebagaimana hadis nabi saw :
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah , Umar bin Al-Khattab
r.a. berkata , bahawa beliau mendengar rasulullah saw bersabda : Maksudnya “Sesungguhnya
setiap amalan itu bergantung kepada niat , dan sesungguhnya bagi setiap orang
akan mendapat apa yang diniatkan . Sesiapa yang berhijrah kerana allah dan
rasulnya , dia akan sampai kepada allah dan rasulnya . Sesiapa yang berhijrah
kerana dunia atau perempuan yang hendak mereka nikahinya , maka dia akan
mendapatkan apa yang diniatkannya” . (Riwayat Bukhari , Muslim , Tirmizi dan
lain-lain) .
Allah kurniakan
kita nikmat mata , tangan , kesihatan dan sebagainya . Tapi kita tidak pernah
hargai . Allah berikan insan lain sepasang mata . Kita juga mempunyai sepasang
mata , tapi kenapa orang lain mampu lakukan dan kita asyik tidak mampu
melakukannya . Allah berikan sakit penghapus dosa . Allah berikan dunia kita
ketepikan akhirat . Bukan jalan yang mudah bagi kita tempuh untuk bekalan
akhirat . Satu jalan yang akan kita semua tempuhi namun bukan untuk kita
persiakan . Gunakan waktu yang allah swt berikan kepada kita . Seperti waktu
belajar . Ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara . Oleh itu , waktu
yang lapang ini kita gunakanlah untuk menuntut ilmu bukan kita datang ke sini
hanya untuk menghabiskan wang ringgit semata-mata . Tanpa kita fikir betapa
peritnya untuk mendapatkan wang . Orang yang pernah merasai betapa peritnya untuk
mendapatkan sedikit wang pasti menghargainya walaupun 10 qurush . Inilah nilai
erti yang sukar kita fahami .
Tujuan kita datang
dan dari mana kita akan dikembalikan bakal kita fikir . Bukan untuk saja-saja
kita dibangkitkan . Tapi renungkanlah agar kita tahu matlamat dan tujuan kita
ke sini . Usah tertipu dengan permainan bumi Jordan . Tak salah untuk bershopping
. Begitu juga bundle . Tapi kita mesti ada prinsip dan matlamat agar landasan
yang kita tempuhi bakal kita teruskan . Jangan asyik shopping kita poteng kelas
kerana letih . Jangan asyik bundle kita ponteng jamiah . Tidak salah untuk
lakukan semua itu . Tetapi berwaspada bimbang kita tertipu oleh pancaroba
duniawi . Ini sedikit sebanyak akan menggugat konsentrasi kita untuk terus
belajar dan lupa niat serta tujuan kita suatu ketika dahulu . Perjuangan ini
belum selesai . Kerana apa ??? kerana kita tidak tahu bila ajal menjemput kita .
Oleh itu perjuangan hidup ini wajar diteruskan walaupun payah menerimanya . Allah
panjangkan umur kita daripada kecil sehingga sekarang . Daripada jahil kepada
rahmat pengetahuan tentang agama . Allah kurniakan mata yang celik supaya kita
fikir indahnya islam . Allah lahirkan kita di dunia , tapi kita tak pernah nak
bersyukur .
Selain itu , persatuan
juga memainkan peranan penting dalam menggerakkan ahlinya agar selari dengan
arus permodenan . Jangan kita asyik menyalahkan persatuan kerana banyak
aktiviti . Namun kita sewajarnya bijak dalam membahagikan waktu . “Hendak
seribu daya , tak hendak seribu dalih” . Kita jangan jadikan alasan kita gagal
kerana persatuan banyak melakukan aktiviti sehingga kadang-kadang waktu cuti
minggu juga padat dengan program . Fikirlah positif , usah negetif . Mungkin
ramai yang berpendapat bahawa persatuan ada kebaikan dan kekurangannya . Namun
jadikan persatuan sebagai tempat kita mengadu masalah . Hal ini kerana kita
jauh dengan keluarga . Jangan kita asyik fikir tak nak joint persatuan . Apa
dosa persatuan??? jika kita fikir bagaimana orang lain sanggup bersengkang mata
untuk menjayakan sesuatu program . Tapi kita hanya disuruh datang dan memberikan
sokongan padu walaupun kita tak bersengkang mata pada sebelah malam dengan
berlandaskan tilam yang empuk . Jadilah kita orang yang menghargai pengorbanan
orang lain . Belajar mengawal situasi lebih hebat dari asyik menjadi penentang
dan pengumpat di belakang . Jika kita rasa persatuan banyak mendera dan membuli
kita . Berikan solusi dan cadangan kepada pihak yang berwajib . Insyallah akan
dipertimbangkan . Belajar memberi dan menyumbang bukan asyik meminta dan terus
meminta . Kita imbas kembali bagaimana pengorbanan orang lain terhadap kita . Hadis
nabi saw bersabda :
Daripada Abi Hurairah r.a.berkata , rasulullah saw
bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga
perkara : Sedekah jariah , ilmu yang bermanafaat , anak soleh yang
mendoakannya” . (Muttafaqun alaih)
Usahlah kita fikir
apa cita-cita kita . Bolehjadi hari ini kita menuntut di bumi ambiya dalam
bidang agama . Tapi tidak mustahil kita terjun dari bidang lain suatu hari
nanti . Namun kita akan bahagia kerana berbekalkan ilmu yang kita kecapi . Sebagai
contoh :
Jika kita seorang jutawan , jadilah kita jutawan islam .
Jika kita seorang usahawan , jadilah kita usahawan islam .
Jika kita seorang peguam , jadilah kita peguam yang menyumbangkan
islam .
Jika kita seorang doktor , jadilah kita doktor yang
mempunyai nilai-nilai islam .
Jika kita seorang petani , jadilah kita petani yang
berlandaskan islam .
Konsepnya apabila
tapak dihiasi nur agama nescaya pucuk takkan bergoyang walaupun ribut melanda .
Indahnya islam jika dihiasi dengan iman . Mengenai isu kahwin mahasiswa timur
tengah yang semakin barah akhir-akhir ini . Tidak salah jika mahasiswa
berkahwin sedangkan dia masih menuntut di universiti . Tapi biar mempunyai perancangan
dan kewangan yang cukup . Betul allah akan menambahkan rezeki kita apabila kita
mengikuti sunnah . Tapi kita perlu ingat tanggungjawab kita sebagai suami dan
isteri . Begitu juga janganlah disebabkan pernikahan , pembelajaran kita
tergendala . Jadilah kita selepas bernikah lebih mantap daripada sebelumnya .
Ingatlah perjuangan ini belum berakhir .
Masjid bilal Hayyu Dhubat, Jordan. 13/12/2012. |