Sabtu, 11 Ogos 2012

Kisah Ramadhan-Datuk Lawak Gila



Dalam sebuah kampung , terdapat seorang datuk tua . Beliau mempunyai empat orang cucu yang suka mendengar celoteh dan lawak jenaka . Dia mempunyai empat orang cucu yang bernama Ahmad , Hafiz , Fatin dan Syafiqah . Mereka suka mendengar cerita datuk mereka .

Bermulalah siri pengembaraan mereka di sebuah pondok usang . Cucunya asyik menonton televisyen lalu si datuk mendapat satu idea dengan berselorohnya , si datuk memulakan bicaranya dengan serangkap pantun .

Wahai anak cucu atok ,
Mari dengar cerita atok ,
Siapa yang cepat angguk ,
Nanti atuk bagi jeruk .

Mendengar tawaran tersebut , semua cucunya menghampirinya dengan segera dan bersemangat . Lalu si datuk memulakan cerita :

Datuk : Nak tau tak apa itu bulan ramadhan?

Hafiz : Apa dia ? tak tahuuuu .

Datuk : Cuba teka apa itu bulan ramadhan ?

Fatin : Bulan bagi umat islam mengerjakan puasa fardhu.

Datuk : Betul…lagi..ce cerita…ce cerita…

Ahmad : x tau lah tok..cuba tok cerita…

Datuk : Seekor dua kucing berlari ,
              Hitam putih berselang seli ,
              Kalau nak tahu bacalah sendiri ,
              Lain kali cerita lagi .

Hahaha….tergelak datuk dengan ayat yang spontan tu…tu tuk saja je gurau..dengar baik-baik  tau . Ramai orang beranggapan bahawa bulan puasa ialah bulan yang difardhukan puasa bagi umat islam , solat terawih dan pelbagai tanggapan yang lain sering berlegar di fikiran kita . Namun mereka kurang sedar bahawa bulan ramadhan mengandungi seribu malah sejuta kelebihan yang dijanjikan oleh allah swt kepada hambanya . Malah setiap amalan kebaikan digandakan dengan berlipat kali ganda.

Syafiqah : Atok kata  banyak kelebihan ramadhan . Apa dia tok?

Datuk : Dengar tau jangan x dengar  : 1 - Bulan yang mana allah swt menutup pintu neraka dan membuka seluas2nya pintu syurga .
Daripada Abi Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Apabila datang bulan ramadhan , maka dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka , dan dibelenggu syaitan . mutafaqun alaihi.

 2 - Dilipat gandakan ganjaran pahala berbanding bulan2 lain .

3 - Menguji siapa diantara umatnya yg betul-betul beriman .
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada nabi saw bersabda : Siapa yang puasa ramadhan dengan penuh keimanan dan ketakwaan , nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu . muttafaqun alai.

Syafiqah : 0oooo….baru tau . Habis tu tok…cuba tok terang apa itu puasa???

Datuk : Sebelum tu….tok nak tye….hafiz puasa x tahun lepas???

Hafiz : Puasa…..

Datuk : Ye ke nie….(sambil membuat muka kebudak-budakan) . Alah cucu atok….atok gurau je…jangan ngajuk tau .

Datuk : Ok…puasa dari segi bahasa ialah menahan diri . Dari segi istilah pula ialah menahan diri daripada melakukan perkara  yang membatalkan puasa bermula daripada terbitnya fajar sehingga terbenam matahari berserta dengan niat .

Ahmad : Tok…boleh mad tahu tak apa syarat wajib puasa???

Datuk : Boleh apa salahnya…tok akan ceritakan secara ringkas . Pertama islam , kedua berakal , ketiga baligh , keempat berkemampuan untuk berpuasa . Haaaa…nak tau tak apa lagi amalan yang boleh kita lakukan pada bulan ramadhan?

Syafiqah : Nak2…seronoklah dengar cerita atok .

Datuk : Banyak amalan yang kita dapat lakukan pada bulan ramadhan antaranya solat terawih , bersedekah , membaca al-quran , berzikir , berqiamullai , mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan dan sebagainya . Setiap pekerjaan yang baik pasti dibalas oleh allah swt di akhirat nanti . Ganjaran syurga akan dibalas pada hari kiamat nanti .

Fatin : Atuk…betul ke peperangan tabuk berlaku di bulan puasa?

Datuk : Pandai cucu atok….tapiiii bukan peperangan tabuk saja . Banyak lagi peperangan yg berlaku di bulan ramadhan antaranya ialah perang badar,perang taif,perang tabuk,pembukaan kota mekah,perang faradh,perang buwayb,perang qudisiyyah,pembukaan islam di mesir,pembukaan palestin,pembukaan andalus,pembukaan morocco tengah,perang shazounah,pembukaan kota Indus,penaklukan konstatinople,penghujung kekalahan tentera salib,perang hittin,perang malaz jard,perang zallaqah,kejatuhan tentera monggol dan sebagainya .

Hafiz : Habis tu…dahagalah tok .

Datuk : Itulah bukti perjuangan umat terdahulu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk menegakkan kalimah tauhid walaupun dalam keadaan puasa . Oleh itu kita mestilah memelihara agama kita supaya sentiasa bersinar sehingga hari kiamat .

Fatin : Atok…apa lagi peristiwa penting yang berlaku di bulan ramadhan???

Datuk : Peristiwa penurunan al-quran juga berlaku pada bulan ramadhan . Sebagaimana firman allah swt dalam al-quran :

185.  (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (Al-Baqarah : 185)

   Selain itu syariat supaya mengeluarkan zakat fitrah . Zakat fitrah wajib kepada umat islam yang cukup syarat2nya . Zakat fitrah juga hanyalah wajib dikeluarkan pada bulan ramadhan . Zakat difardhukan pada tahun kedua hijrah iaitu pada tahun difardhukan puasa pada bulan ramadhan . Sebagaimana hadis yang disyariatkan :

Daripada ibnu umar r.a. katanya : Rasululllah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan ramadhan keatas setiap orang sama ada orang merdeka atau hamba,lelaki atau perempuan daripada kalangan orang-orang islam , dengan satu gantang tamar atau satu gantang gandum . Hadis riwayat bukhari(1433)dan muslim(984).
Begitu  juga pengsyariatan haji dan sebagainya.

Nenek : Cukup2lah bang dah lewat senja nie.nanti budak2 tu lambat nak solat maghrib.…

Datuk : Aaaa….atok rasa cukup untuk hari ini . Apa2pun ingat pesanan atok biar tahun nie puasa penuh tau . Okey dah pergi mandi .

Wassalam…

Sabtu, 4 Ogos 2012

MENGELUH – KULIT PISANG




   Manusia sering kali ditimpa gelisah , keresahan , kegagalan , ujian dan sebagainya . Namun , semua itu manusia mampu mengatasinya dengan berusaha untuk mengelak daripada takdir . Akan tetapi bukan semua manusia dapat menyelesaikan masalah dengan hanya berdiam diri dan berkurung di dalam bilik . Apa yang penting di sini ialah bagaimana cara dan kekuatan yang kita ada untuk membina benteng bagi menghadapi masalah yang semakin berpanjangan dan berterusan . Manusia asyik menyalahkan sesuatu jika berlaku hal yang kurang menyenangkan . Sebagai contohnya , saya datangkan suatu cerita supaya kita tidak boring mengikuti blog ini :

   Pada suatu hari , Syafiq dan Ayub pergi bersiar-siar di sebuah pusat beli belah yang terkenal di ibu kota . Mereka keluar tanpa kebenaran daripada ibu bapa . Jam menunjukkan jam 9.00 malam . Syafiq mencapai kunci motor yang diletakkan di atas meja , lalu pergi ke rumah ayub . Sepanjang perjalanan , syafiq berasa gementar dan serba salah kerana keluar daripada rumah tanpa pengetahuan ibu bapa . Setibanya di rumah ayub . Syafiq menelefon ayub dan memberitahu bahawa dia sedang berada di hadapan rumahnya . Ayub tanpa membuang masa membonceng motosikal yang dipandu oleh syafiq ke pusat beli belah tersebut . Setibanya sampai di pusat beli belah tersebut . Tiba-tiba seorang inspektor polis menyapanya . Adik , boleh tunjukkan lesen . Syafiq segera menghulurkan lesen . Ok dik , diringkaskan cerita , apabila hendak pulang ke rumah . Ayub terjatuh kerana terpijak kulit pisang . Ayub mengeluh kesakitan . Kata ayub : Siapa yang membuang kulit pisang di merata-rata tempat nie? kalau x aku x jatuh…Tiba2 datang seorang pak cik tua menegur kepada mereka . Nak… x baik cakap macam tu . Jangan menyalahkan takdir . Mereka mula insaf . Mereka teringat bahawa mereka keluar tanpa pengetahuan ibu bapa . Mereka bertekad dan berazam untuk tidak lagi mengulangi kesalahan mereka .

   Setibanya di rumah , mereka memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa mereka dan menceritakan apa yang berlaku . Syafiq dan ayub bersyukur diatas kejadian semalam kerana mereka mendapat hidayah untuk berubah dan mendengar nasihat ibu bapa . Mereka menjadi anak yang taat kepada suruhan agama .

   Kesimpulannya , kita sewajarnya tidak menyalahkan takdir semata2 , akan tetapi kita perlu yakin dan percaya segala kesulitan dan kesusahan pasti ada hikmahnya . 

Jumaat, 3 Ogos 2012

Bangkit selagi mampu




   Setelah beberapa hari berlalu , rasanya begitu cepat dan pantas mengenangkan masa yang sudah berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan aktiviti berfaedah . Di kesempatan ini belum terlambat untuk kita sama-sama memperbaiki dan mengejar masa supaya kita tidak lagi ketinggalan jauh di belakang . Hargailah ia sebagaimana kamu menghargai diri kamu . Dalam kesibukan dunia , kita asyik mengorak langkah mengatur strategi untuk mendapatkan habuan dunia , namun kita tidak mengatur langkah untuk mendapatkan redha allah swt kepada kita .

   Allah swt memberikan kita waktu sehari semalam , sama rata kepada semua manusia . Akan tetapi kenapa kita belum pernah menggunakan segala waktu yang kita ada untuk diisi dengan aktiviti yang berfaedah . Jadikanlah waktu yang kamu ada sekarang untuk mengumpul sebanyak mungkin kekayaan dunia dan akhirat . Ingatlah hari ini tidak akan kembali mengulangi hari kelmarin , begitu juga tindakan kita yang lepas pasti berlalu hilang . Lakukanlah kebaikan pada hari ini sebelum kita tidak terdaya melakukannya lagi . Sebagai contohnya , lakukanlah solat berjemaah di masid pada usia muda sebelum datang usia tua yang menyakitkan . Masa tu…. Lutut dah berketar , mata dah kabul , tak terdaya boleh dikatakan….kalau dah tahu umur kita semakin hari semakin tua…carilah bekalan dunia dan akhirat.

Firman allah swt dalam al-quran :

1.Demi masa,2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat(berpesan-pesan)dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.(al-asr : ayat 1-3)

   Jika kita mampu bangun malam semata-mata tengok bola , kenapa kita tidak berfikir untuk bangkit daripada tidur untuk melakukan solat malam . Banyak kelebihan dan kekuatan yang pasti dikurniakan oleh allah swt kepada hambanya jika beristiqomah mengerjakannya . Tidak pernah kita fikir akan mengutamakan ibubapa berbanding kawan-kawan kita . Apabila tiba hari lahir kawan kita . Kita cepat-cepat memberikan hadiah , namun kita tidak terlintas hendak mengucapkan hari lahir kepada kedua orang tua kita . Mereka menjaga , membelai dan mengusap kita daripada kecil sehingga sekarang . Kita selalu kata kita sukar menggenggam kejayaan , namun kita lupa sebanyak mana kita memohon doa kepada yang maha esa . Cuba kita fikirkan adakah 10 kali,20 kali,100 kali ????belum cukup wahai saudaraku . Insyaallah tiba suatu hari pasti allah swt memakbulkannya  . Kita hidup kerana allah dan kita mati kerana allah . Ini kerana kita hamba kepada pencipta.

Firman allah swt dalam al-quran :

162.Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku , ibadahku , hidupku dan matiku , semuanya bagi allah swt , tuhan semesta alam . (al-an`aam : ayat 162)

    Begitu juga , orang yang hebat pasti sukar untuk mengalah . Dia akan pastikan dirinya bangkit kembali kerana dia yakin semua orang pasti berada di atas dan dibawah . Oleh itu , berusaha untuk mendapatkannya tanpa berputus asa . Namun , manusia yang lemah semakin kecewa dan beranggapan buruk bahawa diri ini sukar diubah , sukar yakin untuk mengulanginya kembali . Jadilah seperti roda kereta yang sentiasa setia kepada tuanya selagi hayat dikandung badan.

   Sebelum saya mengundurkan diri  , sama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain . Sesungguhnya setiap manusia pasti melakukan kesilapan . Oleh itu , tegurlah saudaramu jika kamu melihat dia melakukan kesalapan .  Hadis nabi ada menyebut : Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat(perkataan) . Wassalam…