بسم
اللله الرحمن الرحيم
“Ya
allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku”
Rindunya akanmu disini ku menanti ketenangan
Mudah je kita minta orang lain memaafkan kita , tapi kita
tidak pernah terfikir untuk memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain . Memang
sukar untuk memaafkan kesilapan yang orang lain lakukan pada kita , namun
yakinlah jika kita memaafkan kesalahan orang lain nescaya allah pasti akan
melembutkan hati orang lain untuk memaafkan kesilapan kita . Moga-moga hati dan
jiwa kita tenang apabila bertemu allah swt suatu hari kelak . Yakinlah allah
sebaik-baik tempat meminta . Kadang-kadang kita rasa benci dan marah jika orang
tipu kita . Siap mengumpat dan mencela lagi sehinggakan ada yang mengatakan aku
tak halal engkau dunia dan akhirat . Tapi kita mesti ingat mereka itu adalah
insan biasa yang sama dengan kita , apabila kita mengatakan insan sudah pasti
ia mempunyai kelemahan dari semua sudut . Oleh itu , jadilah insan yang pemaaf
dan segera memaafkan org lain takkala orang lain memusnahkan harapan kita .
Nabi saw bersabda : “Tidak beriman seseorang kamu sehingga
dia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri” .
Firman allah swt :
10.Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara , kerana
itu damaikanlah antara kedua saudara saudaramu (yang berselisih) dan
bertakwalah kepada allah agar kamu mendapat rahmat . (Al-Hujurat : 10)
Jadilah seperti pokok yang menghasilkan buah , orang sering
melempar dan membaling dengan berbagai-bagai benda samaada keras mahupun tajam ,
namun ia tetap membalas dengan buah yang manis lagi ranum . Orang islam itu
bersaudara walaupun kita rasa sukar dan berat untuk memaafkanya . Renungilah
hadis nabi saw :
Daripada Abi Hurairah r.a berkata bahawa rasulullah saw
bersabda :
Maksudnya : Janganlah saling mendengki , saling menipu , saling
membenci , saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang
yang telah dibeli oleh orang lain.jadilah kamu hamba allah yang
bersaudara.seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain.dia tidak patut
menzalimi ,membohongi,dan merendahkannya.takwa itu disini(beliau menunjukkan
dadanya 3 kali).cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina
saudaranya sesama setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain. (Riwayat ahmad
dan muslim)
Konklusi hadis diatas ialah menggesa kita supaya menjauhi
sifat-sifat tercela dan terkutuk seperti dengki dengan orang lain jika orang
lain mendapat nikmat dan berazam menghilangkan nikmat yang ada pada diri orang
tersebut . Begitu juga jangan belajar menipu walaupun kita rasa sukar mengatakan
yang hak . Selain itu hadis diatas juga menyarankan agar kita jangan merampas hak orang
lain serta mengeratkan tali persaudaraan sesama islam . Jadilah kita bersatu
walaupun kita berbeza warna kulit dan negeri yang pastinya kita dibawah satu
bumbung iaitu Negara Malaysia . Sama-samalah kita berubah untuk kebaikan sejagat . Lebih-lebih
lagi kita yang berada jauh dari keluarga seperti di mesir , Jordan dan sebagainya . Oleh
itu , kawan2lah menjadi keluarga kita . Berusahalah mengerakkan ukhuwwah antara sesama muslim hanya dengan memberi salam . Kerana salam juga merupakan satu wasilah
untuk menzahirkan kemesraan antara sesama islam...Wassalam…
29/11/2012
Hayyu Dhubat ,
Jordan .