Maksudnya : Hutang
ialah wang yang diminta dan diambil daripada orang lain dan si penghutang itu
berjajni akan memulangkan hutang yang dipinjam dengan jumlah yang sama nilainya
. Samaada melalui wang atau tukaran barang mengikut persetujuan kedua-dua belah
pihak .
Hutang menjadikan
seseorang itu menanggung derita kerana sepastinya orang yang memberikan hutang
akan mengancam diri penghutang itu sendiri . Jika penghutang dapat melepaskan
diri sekalipun nescaya dia tidak dapat terlepas daripada allah swt . Ini
menunjukkan berhutang membawa banyak keburukan daripada kebaikan . Orang yang
berada dalam kemiskinan dan kesederhanaan lebih bahagia daripada orang yang
berada dalam keadaan berhutang . Walaupun seseorang itu miskin namun sinaran
cahaya kian meluas sedangkan berhutang menjadikan cahaya akan lari berjauhan
daripada kita .
Hutang juga
merupakan satu jalan yang tidak elok untuk memenuhi kehendak hawa nafsu
semata-mata seperti membeli kereta yang berjenama sehingga sanggup berhutang
dan bergadai nyawa untuk memilikinya . Orang yang menanggung hutang yang banyak
pasti menjadikannay muflis suatu hari nanti . Hal ini disebabkan segala harta
dan asset yang dia miliki akan ditarik
dan dijual untuk melangsaikan hutang yang dipinjam .
Begitu juga allah
swt menyarankan kita mencatat dan menulis hutang sebagai bukti . Sebagaimana
firman alalh swt yang jelas dan cukup panjang dalam al-quran :
282. Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila kamu melakukan
hutang piutang untuk waktu ditentukan , hendaklah kamu menulisnya . Dan
hendaklah seorang penulis diantara kamu menuliskannya dengan benar . Janganlah
penulis menolak untuk menuliskannya sebagaimana allah swt mengajarkan kepadanya
, maka hendaklah dia menuliskan .Dan hendaklah orang yang berhutang itu
merencanakan , dan hendaklah dia bertakwa kepada allah swt , tuhannya dan
janganlah dia mengurangi sedikitpun daripadanya . Jiak orang yang berhutang itu
orang yang kurang akalnya atau lemah (keadaannya) , atau tidak mampu merencanakannya
dengan benar .Dan persaksilah dengan dua orang saksi laki-laki diantara kamu .
Jika tidak ada(saksi) dua orang laki-laki , maka (boleh)seorang lelaki dan dua
orang perempuan diantara kamu yang kamu sukai dari para saksi(yang ada) , agar
jika yang seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatkannya . Dan janganlah
saksi-saksi itu menolak apabila
dipanggil .Dan janganlah kamu bosan menuliskannya , untuk batas waktunya
baik(hutang itu) kecil mahupun besar . Yang demikian itu ,lebih adil disisi allah
swt , lebih dapat menguatkan kesaksian , dan lebih mendekatkan kamu kepada
ketidakraguan , kecuali jika hal itu merupakan perdangangan tunai yang kamu
jalankan diantara kamu , maka tidak ada dosa bagi kamu jika kamu tidak
menuliskannya . Dan ambillah saksi apabila kamu berjual beli , dan janganlah
penulis dipersulitkan dan begitu juga saksi . Jika kamu lakukan(yang demikan) ,
maka sungguh , hal itu suatu kefasikan pada kamu . Dan bertakwalah kepada allah
swt , allah swt memberikan pengajaran kepadamu , dan allah maha mengetahui
segala sesuatu .(Al-Baqarah : 282) .
Ayat diatas jelas
menunjukkan kepada kita bahawa betapa hutang ini merupakan suatu yang membawa
kepada perpecahan ,pertelingkahan dan pembunuhan jika kita gagal mengatasinya .
Sehinggakan adik beradik , sanak saudara ,kawan karib dan jiran tetangga
sanggup memutuskan hubungan silaturrahim
disebabkan masalah hutang . Apapun yang berlaku kita sebolehnya mengelakkan
permusuhan diantara kita disebabkan masalah ini .
Kadang-kadang
manusia leka dan lalai daripada mengingati allah swt disebabkan syaitan dan
musuh-musuh allah swt yang lain seperti makhluk halus dan sebagainya
menggunakan tipu daya yang membuatkan manusia rambang mata apabila melihat
nikmat dunia yang canggih . Ramai manusia menggunakan makhluk halus untuk
memusnahkan orang lain dan mendapatkan apa yang dihajatinya . Namun demikian
azab allah swt lebih pedih kepada masyarakat yang menggunakannya . Bagaimana
firman allah swt menjelaskan kepada kita bahawa syaitan akan sentiasa melakukan
tipu daya terhadap manusia .
5.Wahai manusia ! Sungguh , janji allah swt itu benar , maka
janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah(syaitan) yang pandai
menipu , memperdayakan kamu tentanng allah swt .
6.Sungguh , syaitan itu musuh bagimu , maka perlakukan ia
sebagai musuh , kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar
mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala .
7.orang-orang yang kafir , mereka akan mendapat azab yang
sangat keras . Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan , mereka
memperoleh ampunan dan pahala yang besar .
8.maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah
perbuatan buruknya , lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya allah
swt menyesatkan siapa yang dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang
dia kehendaki . Maka jangan engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana
kesedihan terhadap mereka . Sesungguhnya allah swt maha mengetahui apa yang
mereka perbuat .
(Fatir : 5-8)
Tidak semestinya
orang yang kaya itu bahagia bagi mereka . Namun mata dan hati manusia
mengatakan bahawa alangkah bahagianya orang yang memiliki harta yang melimpah
ruah . Boleh jadi orang yang kita lihat kaya dan memiliki kemewahan itu ialah
orang yang tidak bahagia dan aman berada di muka bumi allah swt kerana
barangkali dia berhutang walaupun dia dapat menaiki kereta mewah sekalipun .
Apa yang penting biar kita bahagai dunia dan akhirat . Lihatlah bagaimana allah
swt mengagihkan nikmatnya kepada semua manusia samaada orang islam atau kafir .
Akan tetapi perbezaannya ialah orang islam mendapat kenikmatan dunia dan
akhirat . Namun orang kafir diberi kenikmatan yang melimpah ruah di dunia dan
di akhirat . Inilah perbezaan dan kelebihan orang islam berbanding orang kafir
.
Akhirnya saya cuba
mengutarakan solusi yang kita dapat ambil supaya diri kita tidak menjadikan
hutang sebagai jambatan mencari nikmat duniawi :
1-Sederhana dalam berbelanja : Jika kita tidak mampu
memiliki barang yang mahal , maka usah paksa diri untuk memilkinya kerana jika
kita mengikutinya pasti kita berhutang untuk dapatkannya .
2-Jangan bertangguh membayar hutang jika kita mempunyai wang
untuk melangsaikannya
3-Usah berbohong dalam mencari kenikmatan dunia sehingga kita lupa
makan duit haram .
4-Kita fikir,boleh jadi kita tidak sempat bayar wang orang yang
dipinjam sebelum kita
menutup mata bertemu allah swt . Oleh itu waspada dalam
meminjam dan berhutang .
5-Jangan mengikuti hawa nafsu yang membuak-buak .
6-Selalu berdoa untuk menjauhi hutang kerana hutang pasti memakan
diri sendiri .
7-Bersyukur dengan rezeki allah swt .
Akhir
kalam , saya menyeru diri sendiri , sahabat-sahabat , kawan karib dan teman
seperjuangan supaya melangsaikan hutang apabila kita berhutang . Oleh itu tidak
salah berhutang , akan tetapi menjelaskan hutang itu lebih penting kita
utamakan . Wassalam…